Siapa yang tidak mengenali anak kepada pasangan selebriti Malaysia ini, Aaisyah Dhia Rana merupakan anak kepada Zain Saidin dan Rozita Abu bakar atau lebih dikenali sebagai Rozita Che Wan atau Che Ta.
Che Ta merupakan seorang pelakon, pengacara dan penerbit di Malaysia. Che Ta cukup terkenal dalam drama bersiri Komedi ‘Kiah Perkasam’ yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu.
Che Ta kini sering aktif di media sosial miliknya terutamanya mengenai perniagaan serta mengenai gelagat lucu anak daranya itu Aaisyah Dhia Rana. Aaisyah sering mendapat perhatian ramai kerana bukan sahaja dia merupakan anak kepada selebriti malah kerana rupa parasnya yang menawan serta perangainya yang masuk air.
“Baju Raya Dah Siap, Tinggal Tunggu Takbir Raya Ja Ni”
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Che Ta yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 368 ribu, tanda suka sebanyak 16 ribu dan sebanyak 103 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Aaisyah yang menanyakan kepada Che Ta kenapa baju rayanya kali ini bukan baju kebaya.
“Dia minta baju kebaya pulak!! Kalau dah badan leper macam plywood ja, tak yah laa pakai kebaya Aaisyah. Pakai baju kedah lagi elok!”-Tulis Che Ta
“Tak pun kalau nak minta baju raya taste sendiri, mintak 4 bulan sebelum puasa naaaa! ni baju2 raya pun mak hang dah gantung dah tinggal tunggu takbir ja ni”-Tambah Che Ta
https://www.tiktok.com/@rozitachewan1/video/7348681419771694337?_t=8ksamTdZP7w&_r=1
Rata-rata netizen terhibur dengan ayat Che Ta yang memanggil badan anaknya itu leper seperti papan plywood. Tambah mereka lagi, mereka juga mengalami hal yang sama apabila ingin memakai kebaya namun suami mereka mengatakan hal yang sama seperti Che Ta.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah dan peroleh keberkatan hidup di dunia dan di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.