Penyanyi dan penulis lagu, Adrianna Cinta yang kini berusia 21 tahun telah melebarkan sayapnya lebih jauh dalam dunia muzik.
Hadir Dengan “Jauh”
Kali ini dia hadir dengan mencipta nama melalui keluaran lagu runut bunyi rasmi (OST) pertamanya yang bertajuk ‘Jauh’ untuk drama Malang Si Puteri yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.
Setelah kerjayaannya mencetus fenomena di saluran TikTok dan melancarkan single ‘Cinta Berlalu’ pada tahun lalu.
Pada tahun ini buat julung kalinya Adrianna Cinta mengambil peluang dalam menghasilkan lirik untuk runut bunyi rasmi (OST) untuk dirinya dan dua lagu lain bersama artis nombor satu Malaysia, Dato’ Sri Siti Nurhaliza Tarudin dan Meiska Adinda, penyanyi dari Indonesia di bawah Sony Music Entertaiment Indonesia.
Pencapaian ini sangat membanggakan bagi kerjaya Adrianna selama berada dalam industri.
Farouk Roman, yang merupakan komposer lagu ‘Jauh’ dan memberi kepercayaan kepada Adrianna Cinta dalam menghasilkan runut bunyi rasmi (OST) untuk drama Malang Si Puteri, berkongsi pandangan pertamanya terhadap Adrianna Cinta.
Kisah Seorang Gadis Bernasib Malang
Selain itu, drama Malang Si Puteri mengisahkan tentang kisah seorang gadis yang menerima malang bertimpa-timpa hingga mengalami tekanan perasaan dan emosi, dia di sabit kesalahan membunuh sehingga membawa hukuman gantung sampai mati.
Drama yang bergenre meruntun jiwa ini telah dilakonkan oleh pelakon yang hebat seperti Fasha Sandha, Hafreez Adam, Wan Raja dan ramai lagi. Drama ini terbitan Radius One Sdn. Bhd dan diarahkan oleh Uchee Fukada.
Harapan Adrianna untuk para pendengar boleh menjiwai lagu ini kerana ia mengisahkan tentang keperitan dalam hubungan percintaan yang ditimpa perlbagai dugaan.
Lagu ‘Jauh’ boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.