Baru sahaja menggondol anugerah Vokal Terbaik dan tempat ketiga di acara berprestij Anugerah Juara Lagu ke-38, penyanyi berbakat besar Aini Abdul muncul pula dengan sebuah karya kerohanian berjudul ‘Kembara Nabawi’.
Mengangkat Kisah Perjuangan
Menariknya kali ini, lagu ini bukan ciptaan atau tulisan Aina sendiri tetapi ia dicipta oleh Anep Otwo, Alan Otwo dan FJ Muzik dengan lirik sentuhan FJ Muzik juga.
Seperti judulnya, lagu serta penulisan karya ini mengangkat kisah perjuangan serta kehidupan tokoh junjungan besar umat Islam iaitu Nabi Muhammad Rasulullah SAW dalam menegakkan Islam.
Untuk menghasilkan karya ini, terdapat beberapa rujukan yang perlu dilakukan terlebih dahulu.
Dari segi penulisan lagu ini, ia ditulis oleh saudara FJ Muzik dan semua ini datangnya dari hasil membaca kisah Rasulullah SAW.
Agak Sukar Untuk Dimuatkan Dalam Satu Lirik
Mereka juga akur agak susah untuk singkatkan dan menjadikannya sebuah lirik yang lengkap dan mahu setiap patah kata dalam lirik ini menjadi padat serta pendengar dapat merasai kisah di dalam lirik ini.
Moga lagu serta penulisan ini akan membuatkan kita serba sedikit tahu secara ringkas tentang perjalanan dan kehidupan Nabi Muhammad SAW.
Lagu ini juga ditampilkan dengan sebuah video muzik dan telah dilancarkan bersama pada 8 Mac 2024 jam 12 pagi waktu Malaysia.
‘Kembara Nabawi’ boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati melalui semua platform muzik seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube, dan YouTube Music.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.