Sebelum ini negara dikejutkan dengan satu kisah sedih apabila seorang pelajar lelaki ditemui mati di bilik asrama, dipercayai dibelasah rakan di sebuah kolej vokasional di Lahad Datu.
Ditemui Dalam Keadaan Tidak Sedarkan Diri
Menurut Berita Harian, mangsa Muhd Nazmie Aizat Muhd Narul Azwan yang berumur 17 tahun ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh warden asrama yang bertugas, pada jam 6.50 pagi.
Mangsa yang merupakan penghuni asrama kolej berkenaan ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Hospital Lahad Datu yang hadir untuk memberikan rawatan kecemasan.
Malah pemeriksaan selanjutnya mendapati terdapat kesan kecederaan dan lebam di beberapa bahagian tubuh mangsa.
Wani Kayrie Luah Kerisauan
Atas kejadian tersebut, ibu bapa, netizen dan golongan artis turut terkesan dan mula risau dengan status anak-anak mereka yang telah dihantar ke asrama.
Salah seorang artis yang turut terkesan dengan kes ini adalah penyanyi dan pelakon remaja Wani Kayrie.
Dalam satu komen di Instagram yang menunjukkan kes ini, Wani Kayrie solah-olah mula risau dan mempersoalkan dengan kejadian yang berlaku pada remaja tersebut.
Malah Wani Kayrie turut meletakkan emoji sedih sekaligus menunjukkan dia seolah-olah terkesan dengan apa yang berlaku.
Untuk rekod, pihak polis telah menahan seramai 13 pelajar lelaki berusia 16 dan 19 tahun manakala satu rampasan alat pengecas telefon pintar yang dipercayai berkait dengan siasatan kes ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.