Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

Fadzil Zahari ‘Bidas’ Ibu Aliff Aziz?-“Dah Macam Bella Pula Yang Kena…”

by Naddy Joe
March 25, 2024
165
KONGSIAN
Share on Facebook

Umum mengetahui ibu kepada pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza Basharahil dikatakan sudah tidak lagi mengikuti akaun Instagram menantunya, Bella Astillah selepas tular kontroversi Aliff ditangkap berkhalwat dengan pelakon, Ruhainies pada awal Mac lalu.

Siti Hafiza, menerusi hantaran di Instagram turut berkongsi luahan buat Aliff Aziz membawa makna hanya Allah yang dapat memberikan ketenangan yang hakiki kepada manusia.

“Hasbunallah Waniqmal Waqeel … dear son @iamaliffaziz ketenangan itu adalah sesuatu yang sangat-sangat berharga dan hanya Allah yang dapat memberi kita ketenangan yang hakiki.

Biar sedunia menyanjung kita tapi Allah tahu siapa kita yang sebenar benar nya & kita jauh dari rahmah allah nescaya kita tidak akan pernah bahagia dan tenang subhanallah Allah humma baarik … usah pernah putus harapan pada Allah yakin dan pasti aamiin allahumma aamiin ??❤️.”-tulis Siti Hafiza buat Aliff di Instagram

https://www.instagram.com/p/C43IAKlPpY8/

“Tenang La Makcik, Dah Macam Bella Pulak Yang kena Tangkap Basah…”

Dalam pada itu, pelakon, penulis skrip dan penerbit, Fadzil Zahari dilihat memberikan respon pada salah satu keratan artikel mengenai Siti Hafiza dengan meminta ibu Aliff untuk bersikap tenang disebabkan tindakannya itu yang dikatakan seolah-olah menunjukkan Bella yang ditangkap khalwat, padahal Aliff Aziz yang ditahan JAWI.

“Tenang la makcik, dah macam Bella pulak yang kena tangkap basah. Wallahualam.”-tulis Fadzil Zahari

Sekadar info, Aliff Aziz ditahan oleh pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Kuala Lumpur (JAWI) atas dakwaan khalwat bersama pelakon, Ruhainies di sebuah kondominium mewah.

Susulan kontroversi tersebut, isteri kepada Aliff, Bella Astillah mengambil tindakan dengan memfailkan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 13 Mac lalu.

Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
3
+1
1
+1
1
+1
0
fadzil zahari
https://lomp.at/ma9f2
Share66Tweet41SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem