Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Babak Drama Ruhainies Ditanam Hidup-Hidup Tular, Ada Pula Netizen Yang Puas Hati Jika Ia Benar-Benar Terjadi

by Puteri Alia
March 25, 2024
234
KONGSIAN
Share on Facebook

Komen-komen seperti “Tanam sahaja yang ini (Ruhainies), Satu Malaysia sokong” mula tersebar di media sosial selepas pelakon Idzham Ismail memuat naik babak kontroversi dari drama Terjerat yang menunjukkan Ruhainies ditanam hidup-hidup.

Dalam klip video tersebut, Idzham, yang memegang watak antagonis, cuba membunuh pelakon wanita tersebut, mencetuskan pelbagai reaksi dari peminat drama.

Melihat perkongsian tersebut, ramai netizen bersetuju untuk “menanam” Ruhainies dalam drama berkenaan, yang mana pelbagai kontroversi berkaitan dengan hubungannya dengan Aliff Aziz, hero drama tersebut.

“Pertama kali saya sokong watak jahat. Tanam dia,” kata salah seorang netizen.

“Ya! Kami suka yang ini. Tanamlah dia dalam-dalam,” ujar pengikut lain.

“Tanam sahaja dalam-dalam dan cakap dengan pengarah tidak perlu keluarkan balik,” tutur peminat yang lain.

Sebelum ini, Ruhainies terlibat dalam kontroversi khalwat dengan Aliff Aziz, suami kepada rakan baiknya, Bella Astillah. Insiden pada 9 Mac telah menyebabkan Ruhainies menjadi tumpuan utama dalam media sosial.

Kemudian, tindakan Ruhainies memberi ‘like’ pada posting atau hantaran yang dimuat naik oleh ibu Aliff Aziz, Hafiza, dalam Instagram turut menjadi perhatian netizen. Hafiza seringkali memuat naik perkongsian doa dalam Instagram Story, yang disifatkan oleh netizen sebagai ‘terpaling suci’.

Bagaimanapun, Murai MY menasihatkan orang ramai untuk tidak meninggalkan komen-komen berbaur negatif atau meminta yang tidak baik terjadi kepada mana-mana individu.

Seperti yang sedia maklum babak drama yang dikongsi itu hanyalah sekadar sebahagian daripada adegan yang dimuat naik di media sosial baru-baru ini.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
1
+1
5
+1
3
+1
2
+1
2
[VIDEO] Gelagat Syed Saddiq Mahu Bella Astillah Lepas Rambut, Netizen Terhibur!-"Kenapa Orang Tepi Tu Serius Sangat..."
aliff azizBella Astillahruhainies
https://lomp.at/7e1pe
Share94Tweet59SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem