Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Bisnes

[VIDEO] Pengasas Bulan Bintang Habiskan Lebih RM200k Untuk Hadiahkan Pakej Umrah Kepada Pelanggan

by Phic ARMAN
March 31, 2024
Share on Facebook

Azzim Zahid Azmi, atau lebih mesra dipanggil Meri, pengasas Baju Melayu Bulan Bintang, telah mengumumkan langkah berani dan memberi inspirasi dengan mendedikasikan peruntukan lebih dari RM200,000 untuk memberi hadiah pakej umrah kepada pelanggannya. Keputusan ini bukan sahaja menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap pelanggan, tetapi juga memperlihatkan kepekaan beliau terhadap keperluan rohani mereka.

Menyedari bahawa pakej umrah adalah impian bagi banyak pelanggan, Azzim membuat keputusan yang berani untuk menjadikan impian itu kenyataan bagi beberapa individu yang bertuah.

Azzim berkata, lebih dari 70% hadiah cabutan bertuah bernilai RM3.2 juta di mana terdapat banyak hadiah menarik antaranya kereta, motosikal, Iphone, pakej umrah dan percutian telah dimenangi oleh pelanggannya.

“Kini hanya berbaki 30% daripada hadiah keseluruhan untuk dimenangi sebelum menjelang hari raya. Terima kasih kepada semua pelanggan yang terus menyokong produk kami,”- katanya.

Dengan memberikan pakej umrah sebagai hadiah kepada pelanggan, Azzim berharap bahawa ini bukan hanya menjadi satu pengalaman yang berharga, tetapi juga satu bentuk apresiasi yang mendalam terhadap sokongan yang diberikan oleh pelanggan. Langkah ini juga diharapkan dapat memperkuat lagi ikatan antara Baju Melayu Bulan Bintang dengan pelanggan-pelanggannya.

Terdahulu, seorang pengguna TikTok @madakmal_ telah memuat naik video yang memaparkan dia memenangi pakej menunaikan umrah dalam cabutan bertuah tersebut. Video yang tular itu turut menerima ucapan tahniah daripada Azzim. Katanya lagi, dia berasa sebak setiap kali melihat video itu.

@madakmal_

Ya Allahhhhhhh macam tak percaya. Rezeki mama dapat hadiah umrah. Jarang betul bertuah camni TQ @bulanbintangclothing @meripergibulat ? #bulanbintang #bajumelayu #fyp @Bulan Bintang Clothing HQ @meri yang busy

♬ original sound – mal – mal

Azzim ditemui ketika program Sinar Ramadan Bulan Bintang yang diadakan di Surau Al Mukmin, Bandar Saujana Putra, Selangor, pada petang Sabtu.

Turut hadir Hannah Delisha, Shukri Yahaya dan Nadhir Nasar selaku duta jenama Bulan Bintang turut sertai bersama dengan menyediakan bubur lambuk kepada penghuni di sekitar Surau Al Mukmin.

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Sinar Ramadan Bulan Bintang mendapat kerjasama bersama Muslim Volunteer Malaysia (MVM) yang akan berkunjung ke tujuh buah lokasi di seluruh Malaysia.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Bulan Bintang
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Bisnes

Rahsia Di Sebalik Nasi Lemak Pak Man: Port Makan Nostalgik Di Tengah Bandar

by Phic ARMAN
June 20, 2026

Kalau anda peminat nasi lemak dan sedang mencari port makan dengan suasana yang mengimbau kenangan lama, MURAI ada satu lokasi...

Read moreDetails
Foto - Harian Metro
Bisnes

Mampu Milik, Kad Kredit-i RHB Sinar Tawar Kadar Keuntungan Sebanyak 14% Setahun!

by Nurul A.
July 13, 2026

RHB Bank Berhad (“RHB” atau “Group”) hari ini memperkenalkan Kad Kredit-i RHB Sinar yang baharu. Kad kredit ini memberikan pelanggan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Lepas Cipta Sejarah Di Moto3, Hakim Danish Terima Lamaran Genting SkyWorlds

  2. 2

    Berwajah Cantik & Gemar Sukan Berkuda, Anak Saudara Raja Abdullah II Curi Tumpuan

  3. 3

    ‘Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Infinity Castle’ Kini Tayang Di Netflix

  4. 4

    Tak Perlu Lagi Keluarkan Kad! Merchantrade Money Kini Boleh Tap Guna Telefon

  5. 5

    UNIQLO Lancar Koleksi Hijab Pertama Yang Dinantikan Oleh Hijabis Malaysia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara