Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Viral

Lelaki Israel Yang Masuk Malaysia Dibekalkan Senjata Api Oleh Suami Isteri Warga Tempatan Kini Berdepan Hukuman Mati

by Puteri Alia
April 2, 2024
Share on Facebook

Seorang lelaki Israel yang dikenali sebagai Shalom Avitan dan pasangan suami isteri tempatan berdepan dengan ancaman hukuman mati jika didapati bersalah atas tuduhan membekalkan senjata api kepadanya.  Ini berdasarkan kertas siasatan yang dibuka di bawah Seksyen 7 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, mengesahkan perkara ini dalam sidang media khas di Bukit Aman hari ini. Beliau menyatakan bahawa siasatan awal terhadap Shalom, yang ditangkap pada 27 Mac lepas, bermula mengikut Akta Pasport 1966 kerana dia menggunakan pasport kewarganegaraan Perancis untuk memasuki negara ini.

Walau bagaimanapun, siasatan kemudiannya meluas ke arah kesalahan yang lebih serius iaitu pemilikan senjata api. Pasangan suami isteri berusia 42 dan 40 tahun juga turut disiasat di bawah Seksyen 7 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Menurut Razarudin, individu yang terbabit dalam kes ini berisiko dihukum mati jika sabit kesalahan.

“Siasatan terperinci masih dijalankan ke atas ketiga-tiga mereka. Mereka masih ditahan reman bagi membolehkan polis mengenal pasti motif sebenar di sebalik pemilikan senjata api tersebut,” jelasnya.

Shalom Avitan ditempatkan dalam tahanan sehingga 7 April, manakala reman pasangan suami isteri terbabit dijangka berakhir pada 5 April.

Razarudin menegaskan bahawa sebarang permohonan sambung reman akan dipertimbangkan sekiranya siasatan masih memerlukan masa tambahan.

Keputusan terperinci mengenai kes ini akan diumumkan kelak, sementara polis terus berusaha untuk menyelesaikan siasatan dengan teliti.

lelaki israel masuk malaysiawarga israel masuk malaysia
https://lomp.at/dbq1s
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - Verona Pictures
Viral

Kisah Seram Noura Al Taqaqa, Penyanyi Kuwait Yang Menyanyi Di Majlis Kahwin Jin

by Nurul A.
March 9, 2026

Baru-baru ini tular beberapa klip video mengenai penyanyi wanita Kuwait 90-an, Noura Al Taqaqa di media sosial. Melihatkan klip tersebut,...

Read moreDetails
Foto - @masjidattaqwattdi (Threads)
Viral

Netizen Tegur Kenyataan Masjid At-Taqwa TTDI- “Explaination 2 Muka Surat Tapi…”

by Nurul A.
February 27, 2026

Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) baru-baru ini mencuri perhatian ramai kerana timbul beberapa isu yang kurang menyenangkan. Antara...

Read moreDetails
Foto - @gn4mii (Threads)
Viral

[VIDEO] Netizen Bengang Lelaki Onani Depan Jemaah Wanita- “Lepas Tu Salahkan Pakaian Perempuan”

by Nurul A.
March 6, 2026

Tak habis-habis, kali ini tular pula sebuah rakaman CCTV yang memaparkan seorang lelaki berkelakuan tidak senonoh ketika berada dalam sebuah...

Read moreDetails
Viral

Bekas Cheerleader Dikenakan Hukuman Selepas Buang Bayi Dalam Tong Sampah

by Nurul A.
March 17, 2026

Seorang bekas cheerleader menghadapi pertuduhan berat selepas bayi yang baru dilahirkan ditemui meninggal dunia di dalam almari bilik tidurnya. Wanita...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  4. 4

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  5. 5

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara