Sunday, June 29, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Bisnes Usahawan

Kejutan Yang Purr-fect: IKEA Lancar Rangkaian Baharu Untuk Haiwan Peliharaan Di Malaysia!

UTSÅDD merupakan koleksi baharu IKEA untuk anda dan teman haiwan anda

by Aphit J.
April 5, 2024
21
KONGSIAN
Share on Facebook

Apabila media sosial IKEA ‘diambil alih’ oleh si comel minggu ini, pasti ramai rakyat Malaysia dapat mengagak bahawa sesuatu yang mengujakan bakal tiba.

Memang betul jangkaan mereka! Khabar baik untuk semua pencinta haiwan, penantian anda sudah berakhir!

Koleksi Bahawa Untuk Haiwan Peliharaan

IKEA memperkenalkan UTSÅDD, koleksi baharunya untuk haiwan peliharaan, yang juga merupakan koleksi pertama seumpamanya yang dilancarkan oleh IKEA di Malaysia. Dan ini bukan gurauan April Fool!

UTSÅDD merupakan rangkaian haiwan peliharaan baharu oleh IKEA bagi menceriakan kehidupan di rumah buat teman kesayangan seperti anjing dan kucing serta pemilik mereka.

Berdasarkan Input Dari Doktor

via IKEA Malaysia

Koleksi itu dibangunkan berdasarkan input daripada doktor haiwan, pakar produk haiwan peliharaan, dan panel kucing dan anjing.

Ia terinspirasi daripada empat aktiviti yang paling biasa dilakukan oleh kucing dan anjing di rumah, iaitu makan, tidur, bermain dan bersembunyi.

Setiap item dalam koleksi UTSÅDD bukan sahaja mudah dibersihkan tetapi juga dapat tahan penggunaan sehari-hari, dan direka bentuk bagi menjadikan kehidupan sehari-hari haiwan kesayangan dan pemilik mereka lebih mudah diurus.

Keselamatan Diutamakan

via IKEA Malaysia

Malah, keselamatan haiwan peliharaan turut diutamakan pada semua peringkat pembangunan koleksi tersebut dengan melakukan ujian teliti bagi setiap produk.

Daripada rumah kucing, mainan, mangkuk makan hinggalah kepada selimut, tikar dan papan contengan, ia mempunyai segala-galanya yang diperlukan oleh teman kesayangan anda untuk berasa lebih selesa dan gembira di rumah.

Pengarah Runcit Negara IKEA Malaysia, Malcolm Pruys berkata bahaw pihak mereka tahu ramai rakyat Malaysia adalah pemilik haiwan peliharaan, dan kucing dan anjing mereka adalah bahagian penting dalam kehidupan mereka di rumah.

Di IKEA, mereka menganggap haiwan peliharaan sebagai sebahagian daripada keluarga. Sejajar dengan visi untuk mewujudkan kehidupan sehari-hari yang lebih baik untuk semua.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
Ikea
https://lomp.at/wyd8d
Share8Tweet5SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] “Ada Hikmah Abah Sakit, Akhirnya Anak-Anak Bantu Berniaga” – Aliff Syukri Bersyukur Anak Banyak Membantu

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Terkejut Marsha ‘Speaking English’-“Sedap Dengar Accent Dia Tu”

  5. 5

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem