Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Bisnes

AirAsia Aviation Group Mengalu-alukan Tan Sri Tony Fernandes Sebagai Penasihat Strategik

by Phic ARMAN
April 24, 2024
Share on Facebook

Tony Fernandes, pengasas bersama AirAsia, telah dilantik sebagai Penasihat kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Group. Pelantikan ini adalah langkah ke arah transformasi dan pertumbuhan syarikat penerbangan. Dengan rekod prestasi keusahawanan yang luar biasa, beliau diiktiraf sebagai penasihat yang tepat untuk membantu dalam strategi pemulihan dan pertumbuhan syarikat, terutamanya dalam menghadapi cabaran global seperti kenaikan kos bahan api dan persaingan sengit.

Pengerusi AirAsia Aviation Group, Tan Sri Jamaludin Ibrahim, dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Bo Lingam, menyatakan keyakinan mereka terhadap kepimpinan dan visi Tony Fernandes. Mereka meyakini bahawa beliau akan membawa pengaruh yang positif dalam meneruskan strategi pertumbuhan syarikat.

(Dari kiri ke kanan) Dato’ Fam Lee Ee, Pengerusi AirAsia X; Tan Sri Tony Fernandes, Penasihat Kumpulan Penerbangan AirAsia; Tan Sri Jamaludin Ibrahim, Pengerusi AirAsia Aviation Group

Tony Fernandes sendiri menyatakan keyakinannya terhadap masa depan cerah AirAsia. Dengan strategi pembangunan yang kukuh, syarikat berpotensi untuk merentasi benua-benua lain seperti Eropah, Afrika, dan Amerika Syarikat.

Selain itu, beliau juga berhasrat untuk memanfaatkan sepenuhnya ekosistem digital syarikat dan menjadi peneraju dalam pelbagai bidang termasuk kejuruteraan, kargo, logistik, dan platform pengembaraan di seluruh dunia.

Tan Sri Tony Fernandes, Penasihat Kumpulan Penerbangan AirAsia berkata:

“Saya melihat masa depan AirAsia yang lebih cerah. Dengan strategi pembangunan syarikat penerbangan yang kukuh, kami dapat melonjak ke tahap lebih tinggi. Menggabungkan kekuatan sebagai sebuah kumpulan memberikan kami fleksibiliti lebih besar dengan kemampuan tambahan untuk meneroka penerbangan ke destinasi yang belum pernah diterokai sebelum ini pada masa depan.” – ujar Tony.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
airasiaBo LingamTan Sri Jamaludin IbrahimTony Fernandes
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  2. 2

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

  3. 3

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  4. 4

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

  5. 5

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara