Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Didakwa Kelihatan Masih Mampu Tersenyum Musnahkan Rumah Tangga Orang, Netizen Gesa Boikot Ruhainies

by Puteri Alia
April 25, 2024
198
KONGSIAN
Share on Facebook

Walaupun dalam kontroversi yang panas, Ruhainies kelihatan masih mampu tersenyum dan menerima undangan untuk menghadiri pertunjukan koleksi terkini bagi sebuah jenama terkemuka.

Menerusi perkongsian sebuah portal fesyen dan gaya hidup di media sosial semalam, gambar Ruhainies yang mengenakan baju berwarna putih mencuri perhatian ramai di ruangan komen.

Rata-rata netizen menyuarakan rasa kurang senang dengan kehadiran pelakon itu serta memanggil untuk memboikot produk tersebut.

“Saya tidak berminat untuk melihat jenama anda seperti sebelum ini.

“Dia tidak layak untuk memperagakan jenama anda.

“Berhenti jemput Ruhainies dalam mana-mana acara. Tolong boikot dia. Susah sangat ke nak buat. Ramai lagi selebriti atau pempengaruh yang lebih layak.

“Saya tidak akan membeli produk ini disebabkan Ruhainies,” tulis beberapa warganet di ruangan komen.

Hantaran yang dimuat naik itu meraih lebih 629,000 tontonan dan menerima lebih 217 komen yang rata-ratanya bengang dengan kehadiran Ruhainies dalam acara itu yang difahamkan berlangsung semalam di Janda Baik, Pahang.

Dalam pada itu, susulan pendedahan yang dibuat oleh kekasih gelap kepada penyanyi Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine, Ruhainies nampaknya sudah bertindak meletakkan akaun Instagram miliknya dalam mod peribadi.

Kisah Ruhainies mula menjadi panas selepas didakwa ditangkap khalwat bersama Aliff oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium mewah pada 9 Mac lalu.

Kemudian awal minggu ini, Sarah mendedahkan beberapa perbualan romantis antara Ruhainies dan Aliff di aplikasi WhatsApp.

Bagaimanapun, Murai MY ingin menasihatkan supaya orang ramai tidak membuat sebarang tindakan melulu dan dinasihatkan menjaga pertuturan semasa meninggalkan komen.

Semoga pihak yang terlibat dapat menyelesaikan isu ini sebaik mungkin seperti kata pepatah, “ menarik rambut dalam tepung”!

Bella Lega Ruhainies Mengaku Berkhalwat, Mahu Terus Fokus Mencari Kebahagian Diri Sendiri
What’s your Reaction?
+1
2
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
aliff azizBella Astillahruhainiessarah yasmine
https://lomp.at/yuvos
Share79Tweet50SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem