Monday, June 30, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Kini Menjadi Trend, Jom Intai Harga Caravan Baru Shukri…

by Puteri Alia
May 22, 2024
584
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon terkenal, Shukri Yahya, sekali lagi mencuri perhatian para pengikutnya di media sosial dengan perkongsian terbarunya mengenai karavan mewah yang baru dibelinya.

Video yang dimuat naik di TikTok dan Instagram itu menampilkan kemewahan karavan tersebut, lengkap dengan pelbagai kemudahan asas seperti ruang memasak, tempat tidur, dan tandas.

Dalam video tersebut, Shukri kelihatan sibuk mengemas beberapa kelengkapan di dalam karavan sambil memasang peralatan elektrik seperti televisyen.

Keunikan dan keselesaan karavan tersebut nyata mengundang pelbagai reaksi positif daripada peminat dan pengikutnya. Ruangan komen di kedua-dua platform media sosial itu dibanjiri dengan sokongan dan pujian daripada peminat.

Rata-rata mereka menyokong usaha Shukri memiliki karavan tersebut, malah ada yang menyuarakan hasrat untuk turut memiliki kenderaan serupa suatu hari nanti.

“Menarik kalau bawa pergi ‘shooting’ (penggambaran). Lepas ini bawa pergi stesen minyak Genting, baru gempak,” kata seorang peminat yang teruja dengan idea menggunakan karavan sebagai tempat rehat semasa penggambaran.

“Untung, selepas ini tidak perlu tumpang rumah kawan lagi. Bagus kalau pelakon guna kenderaan seperti ini. Kadang-kadang penggambaran mengambil masa lama. Tidak perlu risau hendak balik rumah,” tulis netizen yang lain.

Karavan yang dimiliki oleh pelakon drama popular 7 Hari Mencintaimu itu tidak hanya menonjolkan kemewahan, tetapi juga menawarkan keselesaan dan kemudahan yang sangat diperlukan ketika menjalani kehidupan sebagai seorang pelakon yang sering terlibat dalam penggambaran di pelbagai lokasi.

Dengan ruang memasak yang lengkap, tempat tidur yang selesa, serta tandas yang memadai, karavan ini jelas memberikan kebebasan dan keselesaan yang diimpikan oleh ramai.

Shukri turut menunjukkan bagaimana dia mengemas dan menyediakan karavan tersebut, memberi inspirasi kepada ramai yang mungkin sedang mempertimbangkan gaya hidup serupa.

Di Malaysia, harga sebuah karavan boleh mencecah dari serendah RM60,000 sehingga RM200,000 seunit, bergantung kepada model dan kemudahan yang ditawarkan. Populariti karavan semakin meningkat di kalangan rakyat Malaysia, terutama bagi mereka yang gemar mengembara dan menghargai kebebasan dalam perjalanan mereka.

What’s your Reaction?
+1
6
+1
6
+1
1
+1
1
+1
0
+1
2
caravanshukri yahya
https://lomp.at/vjb23
Share234Tweet146SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Ada Hikmah Abah Sakit, Akhirnya Anak-Anak Bantu Berniaga” – Aliff Syukri Bersyukur Anak Banyak Membantu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem