Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah diputerakan pada 17 September 1995 dengan di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan Pahang dengan gelaran Tengku Mahkota dan pemangku raja Pahang. Baginda adalah anakanda kedua Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Ampuan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Tengku Hassanal memulakan pendidikannya di Sekolah Rendah Sherburne, United Kingdom pada 2002 hingga 2007, sebelum melanjutkan pengajian ke Sekolah Menengah ST THOMAS, Kuantan pada 2008 hingga 2012.
Baginda juga melanjutkan pelajaran ke Universiti of Notthingam. Pada May 2018, Tengku Hassanal tamat pengajian dari Geneva School Of Diplomacy and Relations Switzerland dengan Ijazah dalam hubungan Antarabangsa. Kemudian baginda melanjutkan pelajaran di Akademi Tentera Diraja Sandhurst, United Kingdom.
“Tengku Pun Dah NampaK Macam Orang Korea”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimat naik di laman media sosial tiktok milik @tengkuhassanal.7fans yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 19 ribu, tanda suka sebanyak 1,371 dan sebanyak 20 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Tengku Hassanal yang sedang berjalan kemudian menggunakan perkataan Korea yang bermaksud “Cinta”.
@tengkuhassanal.7fans Credit: Owner #fyp #royalpahang #tengkumahkotapahang #tengkuhassanal
Rata-rata netizen teruja melihat video berkenaan. Mereka juga mengatakan bahawa mereka tidak sangka di mana Tengku Hassanal guna perkataan sebegitu, berkemungkinan ramai anak muda yang berjumpa dengannya dengan menyebut perkataan tersebut.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.