Thursday, June 19, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home #ApaPlan

Seafood Festival di Sunway Putra Mall: Nikmati Makanan Laut Terbaik dari Seluruh Negara

by Phic ARMAN
June 20, 2024
28
KONGSIAN
Share on Facebook

Sunway Putra Mall akan menjadi destinasi utama bagi pencinta makanan laut pada 22 dan 23 Jun ini. Dalam tempoh dua hari sahaja, festival yang dinanti-nantikan ini akan menghimpunkan restoran-restoran, chef-chef, dan penggiat seafood terkemuka di bawah satu bumbung.

Pengunjung berpeluang mengunjungi 15 gerai makanan laut yang beroperasi di perkarangan luar Sunway Putra Mall dan pengunjung boleh menjamu seleran di dalam pusat gedung berhawa dingin. Ini adalah kesempatan yang tidak boleh dilepaskan untuk merasai pelbagai hidangan laut yang enak dan segar, sambil menikmati suasana nyaman dan selesa.

CEO FriedChillies, Mohd Adly Rizal

Antara Restoran yang akan ada adalah, Penang Oyster Park, Kingu Kongu, MRos, Port Dickson, Ombak Kitchen, Grill Haven, Ikan Bakar Bellamy, Crispy Chippy, Cwtch Fish and Chips, Top Catch, Bolok Troops dan Sushika.

CEO FriedChillies, Mohd Adly Rizal, menyatakan kepuasan mereka dalam mengumpul tempat makan tersembunyi dan popular untuk satu pesta, sambil menekankan bahawa masa sudah tiba untuk seafood menjadi tumpuan utama.

Acara ini juga berpatutan dan diharapkan semua pengunjung dapat menikmati hidangan dari pakar-pakar seafood tanahair.

Adly dan kru FriedChillies telah menjelajah Kuala Lumpur dan negara lain untuk mendapatkan vendor-vendor terbaik bagi memuaskan peminat seafood.

Selain daripada menikmati hidangan yang luar biasa, pengunjung juga berpeluang berinteraksi dengan chef-chef dan penggiat seafood yang terlibat. Ini adalah peluang emas untuk belajar lebih lanjut tentang teknik memasak, bahan-bahan yang digunakan, dan rahsia di sebalik hidangan-hidangan lazat ini.

Seafood Festival di Sunway Putra Mall ini pastinya akan menjadi pengalaman gastronomi yang tidak boleh dilupakan. Jadi, jangan lepaskan peluang ini dan datanglah beramai-ramai pada 22 dan 23 Jun untuk menikmati pesta makanan laut terbaik di negara ini!

What’s your Reaction?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

sunway putra mall
https://lomp.at/runki
Share11Tweet7SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Fattah Amin Duduk Di Sebelah katil Amira Othman Buatkan Netizen Tersenyum!

  2. 2

    “Seronok Sangat Tayang Bahagia”-Elfira Loy Akui Sering Bergaduh Dengan Suami

  3. 3

    [VIDEO] “Lagu Paling Sampah Dari Penyanyi Muda!” – Macam Galakkan Lagi Penonton, Netizen Kecam Teguran PU Syed

  4. 4

    “Tak Kisah Kalau Ejen Ali Potong Filem Keluarga Kami”-Syafiq Yusof Tak Mahu Lagi Dibelenggu Takhta Filem No. 1 Malaysia

  5. 5

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem