Wednesday, June 18, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

“Sudah Lama Pasang Niat Hendak Bertudung”- Nora Danish Mahu Perbaiki Diri, Akui Usia Bukan Masih Muda

by Puteri Alia
July 4, 2024
218
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon jelita, Nora Danish, baru-baru ini mencuri perhatian ramai dengan penampilan terbaharunya yang dikatakan sudah berhijab.

Menerusi pengakuan eksklusif kepada sumber Harian Metro, Nora mendedahkan bahawa niat untuk berhijab sudah lama wujud, namun baru kini dia mendapatkan kekuatan untuk melakukannya.

“Sebenarnya, saya sudah lama pasang niat hendak bertudung, tetapi belum ada kekuatan itu,” ujar Nora.

Ketika dihubungi, Nora enggan mengesahkan sepenuhnya perubahan penampilannya, tetapi memohon doa daripada orang ramai agar dirinya kekal istiqamah dengan imej baharu tersebut.

“Doakan saya kekal istiqamah dengan imej terbaharu ini. Saya rasa lebih tenang dan selesa dengan imej sekarang (bertudung).

“Saya takut hendak beritahu sudah bertudung sepenuhnya sebab saya juga manusia biasa yang tidak terlepas daripada ujian dan dugaan Allah SWT. Apa yang mampu saya kongsi, doakan yang baik-baik dan semoga perubahan ini memberi kemanisan dalam hidup saya,” kata Nora dengan rendah hati.

Nora, yang kini berusia 42 tahun, menegaskan bahawa keputusan untuk berhijab adalah keputusannya sendiri, tanpa desakan atau paksaan daripada sesiapa.

“Saya buat keputusan ini tanpa desakan atau paksaan sesiapa. Saya sendiri yang memilih untuk berhijab kerana usia saya pun bukan muda lagi.

“Saya percaya setiap wanita yang belum berhijab pun pasti ada keinginan yang sama. Apa-apa pun terima kasih kepada semua yang mengambil berat dan mendoakan saya,” tambahnya lagi.

Sebelum ini, Nora mencetuskan tanda tanya melalui hantaran di Instagram apabila tampil berhijab, yang mengundang pelbagai reaksi daripada peminat dan pengikutnya.

Dengan penampilan terbaharunya ini, Nora berharap perubahan tersebut membawa ketenangan dan kemanisan dalam hidupnya, serta memperbaiki dirinya ke arah yang lebih baik.

[VIDEO] Gelagat Nora Danish & Fasha Sandha Beraya Bersama, Curi Perhatian Ramai!

Harapan dan doa rakyat Malaysia turut mengiringi perjalanan baharu Nora ini, agar beliau terus istiqamah dan menemui kebahagiaan dalam setiap langkah yang diambil.

What’s your Reaction?
+1
3
+1
23
+1
4
+1
1
+1
2
+1
2

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

nedim nazrinora danish
https://lomp.at/wmdfn
Share87Tweet55SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Fattah Amin Duduk Di Sebelah katil Amira Othman Buatkan Netizen Tersenyum!

  2. 2

    “Seronok Sangat Tayang Bahagia”-Elfira Loy Akui Sering Bergaduh Dengan Suami

  3. 3

    [VIDEO] “Lagu Paling Sampah Dari Penyanyi Muda!” – Macam Galakkan Lagi Penonton, Netizen Kecam Teguran PU Syed

  4. 4

    “Tak Kisah Kalau Ejen Ali Potong Filem Keluarga Kami”-Syafiq Yusof Tak Mahu Lagi Dibelenggu Takhta Filem No. 1 Malaysia

  5. 5

    David Beckham Selepas Bersara- Kini Tinggal Di Kampung, Berkebun & Bela Ayam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem