Nabila Huda, seorang pelakon yang terkenal dengan keupayaan lakonannya yang hebat dan versatil, baru-baru ini mengakui bahawa memainkan watak penyondol adalah satu cabaran yang besar baginya. Dalam sebuah muatnaik video di laman instagramnya, Nabila berkongsi pengalaman dan kesukarannya dalam menghidupkan watak yang kontroversi ini.
“Ni scene bila penyondol berjumpa dengan penyondol…Not easy eh nak buat senyum geram yang @amorizan request..Lenguh mulut kite wakkk..Tapi nangis depan camera senang pulak ek!”- tulis Nabila di ruangan komen.
Nabila mengakui bahawa menangis di depan kamera adalah satu perkara yang lebih mudah berbanding memainkan watak penyondol yang mencabar.
Peranan Nabila sebagai penyondol adalah satu lagi bukti kehebatan dan dedikasinya dalam dunia lakonan. Meskipun menghadapi pelbagai cabaran dan kritikan, Nabila tetap komited untuk memberikan yang terbaik dalam setiap watak yang dilakonkan. Dalam video yang dikongsikan benar-benar menunjukkan betapa sukar membuat reaksi wajah bagi seorang penyondol untuk bertemu dengan penyondol.
Kenyataan Nabila ini seakan-akan berkait rapat dengan isu kontroversi yang berlaku baru-baru ini, di mana seorang pelakon wanita mendakwa dirinya sukar untuk berlakon menangis depan kamera. Ramai yang melihat komen Nabila sebagai satu sindiran halus terhadap pelakon tersebut, yang mendapat kritikan hebat dari netizen kerana mengaku tidak mampu melakonkan adegan menangis dengan baik.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.