Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita

Naim Daniel Menghilang! Berhenti Galas Tanggungjawab Sebagai Penyiasat Tetap?

by Aphit J.
July 6, 2024
Share on Facebook

Ayuh menyiasat sambil berhibur bersama I Can See Your Voice Malaysia musim ke-7 (ICSYVMY 7) kerana episod terbaharu ini akan dikecohkan lagi dengan kehadiran bukan dua tapi tiga penyiasat jemputan!

Naim Daniel Menghilang?

via Media Prima

Penyiasat jemputan kali ini terdiri daripada penyanyi terkenal dan pelakon hebat tanah air iaitu Sufian Suhaimi, Azhan Rani dan Noorkhiriah.

Kerenah mereka bersama penyiasat tetap pastinya akan meriahkan lagi suasana hujung minggu anda.

Namun dengan ketiadaan Naim Daniel untuk membantu, adakah artis jemputan kali ini membuat pilihan yang tepat? Adakah Naim Daniel tidak mahu lagi menggalas tanggungjawabnya?

ICSYVMY7 ini diketuai oleh Jamil Bin Hassan sebagai Penerbit Eksekutif dan Ikha Arnisya sebagai Penerbit.

Program ini, yang mengadaptasi konsep dan format program asal dari Korea Selatan, kekal menjadi rancangan yang masih terus mendapat tempat di hati peminat dengan kombinasi hiburan dan lawak yang tidak kering gusi, drama dan teka-teki yang mencabar.

Episod lepas yang memaparkan tema khas, Seram sempena filem seram komedi terbaru arahan Dr Ahmad Idham ‘Saka Perawan’ tampak sangat riuh dan meriah.

Namun, dalam keriuhan yang berlaku, episod tersebut telah menyaksikan Afieq Shazwan gagal memilih penyanyi sebenar akibat menerima pendapat yang kucar-kacir daripada panel penyiasat tetap dan penyiasat jemputan, Nadia Brian dan Afifah Nasir.

Menampilkan Pelakon Dan Penyanyi Hebat

via Media Prima

Episod ketiga ICSYVMY 7 menampilkan pelakon dan penyanyi hebat tanah air, Amy Mastura sebagai artis jemputan.

Beliau akan mendapatkan pandangan daripada panel penyiasat bagi menyingkirkan penyamar bersuara sumbang.

Dengan ketiadaan Naim Daniel yang merupakan satu-satunya penyanyi dalam panel penyiasat tetap, mampukah Amy Mastura memanfaatkan pengalaman beliau sendiri sebagai penyanyi untuk memilih penyanyi yang sebenar?

Noorkhiriah Diselubungi Bau Kapur Barus Ketika Memandu, Dakwa Hampir Dihalau Entiti Misteri

Jadi jangan terlepas untuk menyiasat sambil berhibur bersama episod ketiga ICSYVMY7 yang akan bersiaran Ahad ini,23 Jun 2024, pada pukul 9.00 malam di TV3 dan penonton juga boleh strim langsung secara HD menerusi Tonton di www.tonton.com.my atau anda boleh muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store. Bagi merancakkan lagi perbualan di laman media sosial, jangan lupa untuk gunakan tanda pagar #ICSYVMY7.

amy masturaazhan raninoorkhiriahsufian suhaimi
https://lomp.at/uhgpb
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

Syamel Kesal ‘Hamba Cinta’ Gagal Ke Separuh Akhir Muzik-Muzik 40-“Dah Buat Sehabis Baik…”

by Naddy Joe
April 10, 2026

Penyanyi, Syamel meluahkan rasa hampa apabila lagunya berjudul 'Hamba Cinta' gagal tersenarai ke separuh akhir Muzik-Muzik 40 (SFMM40). Syamel atau...

Read moreDetails
Berita

Bantuan IPT Cecah Hingga RM2,500! Ini Yang Perlu Anda Tahu Tentang Skim Zakat MAINPP

by Ayu Kamaruddin
April 1, 2026

Berita baik buat pelajar dan ibu bapa, Zakat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (Zakat MAINPP) menyediakan Skim Agihan Permulaan...

Read moreDetails
Berita

Aazief Khalid Dedah Sikap Siti Nurhaliza-“Mak Iti Memang Rajin…”

by Naddy Joe
April 21, 2026

Anak tiri kepada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Aazief Khalid mendedahkan sikap ibu tirinya selepas salah seorang peminat...

Read moreDetails
Berita

Nabila Huda Kesal Dengan Sikap Segelintir Netizen Yang Mengkritik-“Jangan Pernah Cari Salah Orang..”

by Naddy Joe
May 6, 2026

Pelakon, Nabila Huda meluahkan rasa kesal terhadap sikap segelintir netizen yang melemparkan kata-kata kritikan di media sosial . Nabila Huda...

Read moreDetails
Berita

Jaclyn Victor & Vanessa Reynauld Bakal Berentap Di Singer 2026-Malaysia

by Naddy Joe
May 11, 2026

Dua bintang vokal tanah air, Jaclyn Victor dan Vanessa Reynauld, bakal menggalas cabaran besar apabila telah dipilih sebagai peserta dalam...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Arab Saudi Laksana Hukum Hudud, Saiful Apek Kecewa Yassin Masih Ditahan Atas Tuduhan Berat

  5. 5

    Simpati Lihat Penampilan, Lelaki Terkejut Lepas Tahu Identiti Sultan Brunei- “Vibe Seperti Ayah Di Kampung”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara