Ahli Parlimen Mura, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mencetuskan kritikan netizen di media sosial selepas dikatakan menipu dalam acara 113 Traithlon Desaru 2024 yang berlangsung pada 6 dan 7 Julai lalu.
Isu berkenaan turut mendapat respon oleh pelakon senior, Azhar Sulaiman serta ahli perniagaan yang juga bekas suami kepada aktres dan penyanyi, Erra Fazira yang turut memberikan ulasan mereka terhadap apa yang berlaku.
Menghampakan Rakyat Malaysia
Azhar Sulaiman, menerusi hantaran di Instagram, menyatakan bahawa tindakan Syed Saddiq tu telah menghampakan harapan ramai rakyat Malaysia.
“Bro, you sudah hampakan ramai brothers & sisters yang sangat berharap anda akan menjadi The Shining Beacon untuk Rakyat Malaysia.
Saya rasa anda harus pecat sesiapa yang bagi nasihat kat awak sehingga hari ini. Kalau nasihat mereka bagus, you takkan buat one blunder after another bro.”-tulis Azhar Sulaiman di Instagram
“Komuniti Strava Akan Memburu Anda…”
Dalam pada itu, Engku Emran menyifatkan isu yang melibatkan ahli Parlimen Muar itu telah mengambil sesuatu yang yang bukan miliknya seperti kedudukan podium.
“Saya rasa kesilapan yang jujur atau menipu menjadi tidak okay apabila anda mengambil sesuatu yang bukan milik awak seperti kedudukan podium. Itu seperti mencuri perhatian orang lain.
Komuniti Strava akan memburu anda jika anda berbuat demikian kerana bukan seperti di Parlimen, komuniti mempunyai prinsip moral yang lebih kukuh.”-tulis Engku Emran di Instagram
Apa komen anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.