Thursday, June 19, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

“Sudah 7 Tahun Dengan Dia”-Rumah Tangga Fazura Didakwa Sedang Retak Menanti Belah? Ini Apa Luahan Fattah Amin

by Puteri Alia
July 11, 2024
1.3k
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon popular Malaysia, Fattah Amin, atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd. Amin, 33, menafikan dakwaan segelintir pihak yang mengatakan rumah tangganya dengan Fazura sedang retak menanti belah.

Dalam sebuah temu bual eksklusif bersama media, Fattah berkongsi tentang betapa bermaknanya kehadiran Fazura dalam hidupnya serta pengorbanan yang telah dilakukan oleh isterinya itu.

Menurut Fattah, segala sikap positif yang dimiliki Fazura menjadi inspirasi buat dirinya untuk terus melakukan kebaikan.

“Sudah tujuh tahun dengan dia (Fazura), saya memang sangat sayangkannya kerana dia suka menghargai suami, bukan saya sahaja tetapi orang sekelilingnya,” kata Fattah.

“Sikap pemurah dan keikhlasan Fazura dalam melakukan segala perkara tanpa mengharapkan balasan juga membuatkan Fattah sangat terharu dan terinspirasi”.

Fattah turut menekankan bahawa Fazura, walaupun layak untuk berada di rumah menjaga keluarga, sanggup berkorban dan membanting tulang demi kelangsungan hidup mereka.

“Sebagai suami, saya nampak banyak pengorbanan dia sebagai isteri dalam keluarga. Kalau ikutkan, dia boleh sahaja duduk di rumah manakala saya bekerja.

“Namun, dia sama-sama bangunkan perniagaan sekali gus membesarkan anak kami Fatimah. Itu pengorbanan seorang isteri yang buat saya lagi cintakannya sampai sekarang,” ujar Fattah dengan penuh rasa cinta.

Pelakon drama “Playboy Itu Suami Aku” itu juga menyifatkan Fazura sebagai perempuan satu dalam sejuta, selain berasa sangat bertuah memiliki wanita itu sebagai isteri.

Fattah menceritakan bagaimana Fazura tidak pernah membiarkannya sendukkan nasi atau tuang air sendiri ketika makan, menambahkan bahawa itu adalah salah satu sebab mengapa Fazura adalah ‘one in a million’ bagi dirinya.

Kisah mengenai dakwaan masalah rumah tangga Fattah dan Fazura mula menjadi bualan hangat di media sosial setelah mereka dikatakan tidak lagi saling meninggalkan komen atau tanda suka (likes) di media sosial masing-masing.

Amira Othman Lega Tak Ditanya Lagi Soal Jodoh, Netizen Masih Jodohkan Dengan Fattah Amin!

Namun, Fazura minggu lalu tampil menangkis dakwaan tersebut, menyatakan bahawa mereka sengaja berbuat demikian demi menjalani hidup yang lebih privasi.

Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada November 2017, dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Fatima Aisya yang kini berusia 4 tahun. Kehidupan mereka yang penuh kasih sayang dan pengorbanan terus menjadi inspirasi kepada ramai pasangan di luar sana.

What’s your Reaction?
+1
3
+1
29
+1
3
+1
2
+1
0
+1
3

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

fattah aminfazura
https://lomp.at/ngx6p
Share521Tweet326SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Fattah Amin Duduk Di Sebelah katil Amira Othman Buatkan Netizen Tersenyum!

  2. 2

    “Seronok Sangat Tayang Bahagia”-Elfira Loy Akui Sering Bergaduh Dengan Suami

  3. 3

    [VIDEO] “Lagu Paling Sampah Dari Penyanyi Muda!” – Macam Galakkan Lagi Penonton, Netizen Kecam Teguran PU Syed

  4. 4

    “Tak Kisah Kalau Ejen Ali Potong Filem Keluarga Kami”-Syafiq Yusof Tak Mahu Lagi Dibelenggu Takhta Filem No. 1 Malaysia

  5. 5

    David Beckham Selepas Bersara- Kini Tinggal Di Kampung, Berkebun & Bela Ayam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem