Tuesday, July 8, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Uncategorized

Kontinjen Negara Menggayakan Warisan Melayu Rekaan Rizman Ruzaini Pada Pembukaan Sukan Olimpik Paris 2024

by Puteri Alia
July 25, 2024
20
KONGSIAN
Share on Facebook

Dalam persiapan menuju majlis pembukaan Sukan Olimpik Musim Panas 2024 di Paris, kontinjen negara Malaysia akan menggayakan busana tradisional yang memukau dan penuh makna.

Atlet wanita akan tampil anggun dalam baju kurung songket dengan kelubung, manakala atlet lelaki akan menggayakan baju Melayu Teluk Belanga, hasil sentuhan kreatif pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini.

Majlis bersejarah ini dijadualkan berlangsung esok, dan pengumuman persalinan ini dikongsi oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, bersama Timbalannya, Adam Adli di Facebook.

“Mempersembahkan ‘The Malaya’, pakaian rasmi kontinjen Malaysia pada majlis perasmian Sukan Olimpik Paris 2024 rekaan Rizman Ruzaini,” kata mereka dalam keterangan gambar yang memaparkan persalinan rona hijau zaitun.

Busana bertema ‘Manis dan Sopan’ ini bukan sahaja menonjolkan keindahan dan keanggunan pakaian tradisional Melayu tetapi juga menggambarkan semangat patriotik dan penghormatan terhadap sejarah negara.

Kelubung yang sinonim dengan wanita Malaya digandingkan dengan baju Melayu Teluk Belanga sebagai tanda junjungan kasih kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dari Johor.

Menurut Rizman dan Ruzaini, koleksi ‘The Malaya’ yang berona hijau zaitun ini adalah dedikasi dan aspirasi mereka kepada para perwira negara seperti Datuk Maharaja Lela, Dol Said, Yamtuan Antah, Tok Janggut, Dato’ Bahaman, Mat Kilau, dan Tuanku Abdul Rahman.

“Kami memilih skim warna hijau zaitun dengan motif keemasan kerana warna ini memberi aura klasik dan di bawah pantulan cahaya, ia memancarkan kilauan keemasan. Kilauan keemasan itu simbolik harapan kepada atlet kita untuk membawa pulang pingat emas untuk negara,” kata mereka.

Rekaan yang memancarkan kilauan keemasan ini diibaratkan seperti berlian yang digilap berkilau dan diikat dengan emas menjadi cincin di jari. “Sungguh cantik, sangat sempurna,” tambah mereka.

Dengan sosok tubuh tegap atlet, kedua-dua pereka ini yakin bahawa rekaan mereka akan memberikan kesempurnaan serta menyerlahkan sisi sopan dan klasik pemakainya.

“Rekaan yang menyerlahkan gaya pemakai sopan dan klasik ini, akan membuatkan ramai terpaku. Kami yakin transformasi ini akan menjadi kenangan manis untuk kami juga sebagai pereka busana untuk atlet kebanggaan negara.”

Pemilihan songket sebagai motif utama busana ini adalah tanda penghargaan tinggi kepada perjuangan para atlet yang berusaha membawa pulang pingat kemenangan.

“Kami ketengahkan cetakan motif songket di tengah busana sebagai pengiktirafan kami buat mereka. Songket mempunyai nilai sejarah yang tinggi sebagai fabrik warisan agung turun temurun,” jelas mereka.

Rekaan skaf pula mengetengahkan ciri-ciri yang mewakili semangat patriotik rakyat Malaysia. Motif pada skaf ini menonjolkan nukilan khas tentang Malaysia yang mencerminkan tarikh kemerdekaan, hari kebangsaan, tekad perpaduan, dan semangat negaraku Malaysia.

Rizman Ruzaini telah dijemput oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) pada Januari lalu untuk menyertai Malam Olimpik 2024 di Kuala Lumpur. Mereka diberi peluang untuk mempamerkan visi mereka tentang pakaian yang akan dipakai oleh atlet Malaysia pada majlis pembukaan Sukan Olimpik ke-33 di Paris.

Sejak dari itu, mereka bekerja keras untuk menghasilkan ‘The Malaya’, sebuah koleksi pakaian tradisional yang menggabungkan nilai estetika dan patriotik, serta diterjemah kepada apa yang akan disaksikan oleh dunia pada pembukaan esok.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
https://lomp.at/vy2cy
Share8Tweet5SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem