Wednesday, June 18, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Sukan

Tingkat Tahap Larian! Sertai Larian ‘PUMA NITRO ™ Night Run 2024’ November Ini

by Naddy Joe
July 26, 2024
Share on Facebook

Memanggil kesemua para pelari untuk menikmati waktu malam yang belum berlaku sebelum ini! Jenama sukan terkemuka, PUMA dengan bangga mengumumkan ‘PUMA NITRO ™ Night Run 2024’ yang akan berlangsung pada 16 November 2024 (Sabtu) di Dataran Putrajaya.

Tema larian pada tahun ini adalah ‘ELEVATE’, yang mendorong peserta untuk melebihi had dan mencapai peningkatan atletik baru ketika mencipta kenangan yang menyeronokkan sepanjang perjalanan.

View this post on Instagram

A post shared by SCORE Experience (@scorexperience)

‘PUMA NITRO ™ Night Run 2024’ tahun ini menawarkan tiga kategori untuk peserta berlari pada pace mereka iaitu 5KM, 10KM, atau separuh marathon 21KM untuk diikuti oleh pelari yang lebih berpengalaman.

5KM Run
Early Bird (9 Jul – 6 Aug): RM75
Normal (7 Aug – 30 Sept): RM90

10KM Run
Early Bird (9 Jul – 6 Aug): RM85
Normal (7 Aug – 30 Sept): RM100

21KM Run
Early Bird (9 Jul – 6 Aug): RM105
Normal (7 Aug – 30 Sept): RM120

Bagi peserta yang menyertai larian 5KM dan 10KM, mereka akan mendapat PUMA Performance Running Tee eksklusif, finisher medal, dan PUMA drawstring bag.

Manakala bagi peserta yang menyertai larian separuh marathon 21KM, akan menerima PUMA Performance Running Tee eksklusif, finisher medal, PUMA drawstring bag, serta Finisher Tee eksklusif setelah berjaya menghabiskan larian.

Menurut Steven Tan, Country Manager PUMA Malaysia, menyatakan bahawa pihak mereka berkomitmen untuk memberikan pengalaman larian yang luar biasa mulai dari peralatan berkualiti tinggi sehingga acara itu sendiri.

“Tahun ini disebabkan permintaan yang tinggi, kami menambah kategori 21KM half marathon untuk memberi inspirasi kepada pada pelari.

PUMA NITRO™ Night Run ini lebih dari sekadar perlumbaan, ia adalah perayaan untuk peningkatan diri dan semangat komuniti. Kami menjemput orang ramai untuk menyertai kami pada acara yang penuh semangat ini, di mana kami menggabungkan cabaran atletik dengan suasana yang meriah.”-ujar Steven

Pendaftaran PUMA NITRO™ Night Run 2024 telah pun dibuka. Jangan lepaskan peluang untuk meningkatkan diri anda dalam acara yang sangat hebat ini!

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai PUMA NITRO™ Night Run 2024 dan mendaftar, anda boleh melayari laman web https://www.heyjom.com/event/PUMANitroNightRun

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

pumapuma nitro night run 2024
https://lomp.at/gqsa8
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Netizen Puji Keluarga Datuk Aliff Syukri-“Walaupun Kaya Tetap Merendah Diri”

  2. 2

    [VIDEO] Datin Alyah Perjelas Isu Anak Angkat-“Dia Mahram Dengan Tok Ram”

  3. 3

    [VIDEO] ‘Me Time’ Di Salun Rambut, Wajah Jelita Tunku Aminah Disamakan Dengan Pelakon Jepun

  4. 4

    [VIDEO] Gelagat Budak Kecil Berdoa Di Kubur Undang Ketawa Ramai- “Adik Lambat Sikit Je Doa”

  5. 5

    “Seronok Sangat Tayang Bahagia”-Elfira Loy Akui Sering Bergaduh Dengan Suami

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem