Thursday, July 10, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Uncategorized

Perasmian Cawangan RedBox Plus Di ‘The Exchange TRX’ oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni & Budaya

by Amirul Fikry
July 26, 2024
Share on Facebook

Red Box Karaoke, jenama karaoke terkemuka di Malaysia telah mengumumkan pembukaan cawangan terbarunya di pusat beli-belah, The Exchange TRX dalam usaha untuk memperkayakan industri pelancongan dan hiburan di Kuala Lumpur. Red Box Plus The Exchange TRX menjanjikan pengalaman yang penuh dengan adunan muzik unik serta suasana yang menyeronokkan sebagai tambahan tarikan kepada para pelancong yang melawat Kuala Lumpur.

Majlis pembukaan cawangan Red Box Plus terbaru tersebut, yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan, merupakan penanda aras baru dalam visi Red Box untuk mengekalkannya sebagai jenama hiburan terkemuka di negara ini selain daripada menjadi salah satu strategi utama dalam memperluaskan ketercapaian jenamanya.

Bilik-bilik karaoke moden di Red Box Plus telah direka untuk memberikan pengalaman karaoke yang menyeluruh kepada pelancong luar dan orang ramai. Dengan bilik-bilik yang dilengkapi sistem audio canggih daripada JBL serta peralatan visual yang terkini, para peminat karaoke dapat menikmati bunyi yang jelas dan visual yang mengagumkan, menjadikan sesi karaoke mereka lebih istimewa.

“Melihat ke hadapan, saya yakin Red Box Plus di The Exchange TRX akan menyumbang kepada perkembangan dan kepelbagaian sektor pelancongan Malaysia, serta menetapkan standard baru dalam hiburan. Tahun ini, kita telah mencatat peningkatan dalam kedatangan pelancong, dengan 9.48 juta pelancong pada bulan Mei berbanding 7.48 juta pada tahun lalu. Kementerian mensasarkan 27.3 juta ketibaan pelancong antarabangsa dan RM102.7 bilion dalam perbelanjaan pelancongan tahun ini, dan pembukaan Red Box Plus di The Exchange TRX dijangka memberi impak yang besar ke arah mencapai sasaran tersebut,” kata Khairul Firdaus.

Cawangan terbaru Red Box Plus menawarkan pelbagai pilihan lagu daripada pelbagai genre dan bahasa, sesuai untuk semua lapisan masyarakat, sama ada penduduk tempatan atau pelancong antarabangsa. Kepelbagaian pilihan ini memberikan pengalaman yang merentasi sempadan kaum, bahasa dan budaya.

Dengan pembukaan cawangan baru ini, Red Box menunjukkan komitmennya yang proaktif dalam membantu merangsang sektor pelancongan Malaysia. Cawangan baru ini memperkenalkan teknologi karaoke terkini dengan pilihan lagu interaktif, memastikan pengalaman yang menyeronokkan dan menepati citarasa pengunjung.

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

Karl Khoo, Ketua Pegawai Eksekutif Red Box, berkata, “Kami amat berbesar hati untuk memperkenalkan Red Box Plus di The Exchange TRX, sejajar dengan visi kami untuk memperkasa industri pelancongan di ibu kota kita. Dengan menjanjikan pengalaman karaoke bertaraf antarabangsa dan berbekalkan dedikasi kami terhadap kepuasan pelanggan, Red Box akan mengukuhkan Kuala Lumpur sebagai destinasi utam bagi penggemar aktiviti berasaskan hiburan.”

Khoo mengalu-alukan semua orang, termasuk pelancong antarabangsa untuk datang ke cawangan terbaru Red Box Plus di The Exchange TRX bagi merasai pengalaman muzik yang memukau dan mencipta kenangan yang tak akan dilupakan.

Sebarang maklumat lanjut, sila layari https://www.redbox.com.my/

Redbox The Exchange TRX
https://lomp.at/inv14
Share3Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  4. 4

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem