Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Ucapan Selamat Hari Lahir Dan Maaf Aliff Aziz Buat Ruhainies Jadi Perhatian – “Selamat Hari Jadi Yang Paling Gembira Buat Awak”

by Aphit J.
July 28, 2024
34
KONGSIAN
Share on Facebook

Satu perkongsian di Instagram story milik pelakon Aliff Aziz telah mendapat perhatian warga net.

Aliff Aziz Buat Naik Status Di Instagram

Menerusi hantaran di Instagram Story yang dikongsikan Aliff, dia ada memberikan ucapan selamat hari lahir buat wanita itu serta memohon maaf kepada Ruhainies dan mendoakan agar wanita itu sentiasa gembira dan dilimpahi kebahagiaan beserta dengan emoji bunga ros merah dan juga burung merpati.

Selamat hari jadi yang paling gembira buat awak dan semoga awak dikurniakan dengan keberkatan dan juga kebahagiaan pada hari istimewa ini.

Insya-Allah, semoga Allah membalas segala perkara baik yang awak lakukan. Maafkan saya di atas semua yang berlaku.

Ini jelas sekaligus menunjukkan bahawa Aliff Aziz tidak lupa akan tarikh penting buat Ruhainies dan menitipkan doa serta ucapan selamat hari jadi kepada teman rapatnya itu.

Muat Naik Gambar Bersama

via Instagram Ruhaines

Dalam hantarannya itu, Aliff dilihat turut memuat naik gambar dia bersama Ruhainies yang diambil ketika mereka menjalani penggambaran drama Terjerat yang dibintangi bersama sebelum ini.

Hubungan persahabatan antara Aliff dan Ruhainies difahamkan sudah terjalin lama kira-kira 10 tahun lalu dan kedua-dua belah keluarga mereka juga mengetahuinya serta menerima baik.

Sekadar rekod, pada 9 Mac lalu, Aliff dan Ruhainies menjadi perbualan hangat terutama di media sosial selepas ditangkap berkhalwat di sebuah kediaman mewah di ibu kota oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Kes membabitkan pasangan pelakon popular ini bagaimanapun belum selesai dan masih lagi dibicarakan Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Terdahulu, Aliff juga sah bercerai dengan bekas isterinya juga pelakon dan penyanyi, Bella Astillah pada 14 Julai lalu. Mereka dikurniakan cahaya mata, Ayden Adrean,dan Ara Adreanna.

Keturunan Aliff Aziz, Tetapi Ramai Mula Gelar Anak Lelaki Bella Astillah Ikut Perangai Syed Saddiq
What’s your Reaction?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
aliff azizruhainies
https://lomp.at/urwjt
Share14Tweet9SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem