• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Tyzo Terkejut Kakak Kak KM Luah Mahu Kahwin Dengannya, Memilih Untuk Pendam Perasaan Seorang Diri

by Puteri Alia
July 30, 2024
Share on Facebook

Penyampai radio popular, Tyzo Xander, atau nama sebenarnya Tuah Zoqarnain Idris, 48, melahirkan rasa terkejutnya berhubung pendedahan usahawan wanita Lydia Rosli mengenai luahan cinta dan impian untuk berkahwin dengannya.

Lydia, anak pelakon senior Normah Damanhuri, secara terbuka berkongsi status hubungan mereka kepada media.

“Saya memang tahu tentang perasaannya terhadap saya. Kami pernah bercakap tentang perkara ini. Cuma saya tak sangka dia akan bercakap pada media,” ujar Tyzo.

Menurutnya, perbincangan mengenai perasaan Lydia sudah berlalu, dan kini hubungan mereka tidak lagi sama.

“Mungkin sebab benda dah berlalu. Kalau tidak mesti dia tak akan bercerita. Dia pun dah tak suka saya sekarang,” katanya.

Tyzo memilih untuk tidak mengulas lanjut tentang perasaannya terhadap Lydia, yang juga adik kepada usahawan sensasi Liana Rosli.

“Biarlah saya simpan perasaan itu seorang diri. Saya tidak mahu kata ya ataupun tidak. Sejak dahulu lagi saya merupakan seorang yang menjaga privasi. Saya tidak berkongsi tentang soal peribadi kepada umum,” jelasnya.

Namun, Tyzo tidak menafikan bahawa Lydia adalah seorang yang baik dan banyak mengajarnya tentang ilmu perniagaan.

“Keluarga saya juga kenal rapat dengannya. Begitu juga dengan saya yang baik dengan keluarga dan anak-anak Lydia,” tambahnya.

Penyampai radio Ikim FM itu mengakui bahawa dia tidak pernah menyedari situasi Lydia yang sering berendam air mata mengenangkan kesudahan hubungan mereka.

“Saya tak tahu selama ini dia begitu,” kata Tyzo.

Ditanya tentang restu ibu Lydia yang sedia menerimanya sebagai menantu, Tyzo menjawab secara berseloroh, “Bukan Normah Damanhuri sahaja, saya rasa ada ramai lagi mak cik di luar sana yang nak jadikan saya sebagai menantu.”

[VIDEO] Anak Normah Damanhuri Beri Kejutan 'Renovasi' Bilik Baharu, Netizen Terharu!-"Doa Mak Yang Mahal Tu.."

Sebelum ini, media tempatan melaporkan bahawa Lydia, 46, meluahkan rasa cinta dan keinginannya untuk berkahwin dengan Tyzo tahun lalu, namun perkara itu tidak menjadi kenyataan.

Lydia menjelaskan bahawa cintanya sebelum ini hanya untuk Tyzo, tetapi penyampai radio tersebut seperti belum bersedia untuk membawa hubungan mereka ke gerbang perkahwinan.

“Saya memang sukakan Tyzo tetapi saya rasa perasaan Tyzo sebaliknya. Tetapi nak kata saya bertepuk sebelah tangan itu tidak juga. Dia melayan saya dengan sangat baik. Kami selalu pergi ‘out station’ bersama,” kata Lydia. Menurut Lydia, dia berterus terang bahawa dia cinta dan mahu berkahwin dengan Tyzo.

Lydia mempunyai empat orang anak termasuk Naib Juara Hero Remaja 2023, Fitri Farok, dan seorang cucu. Manakala Tyzo tidak pernah berkahwin tetapi mempunyai seorang anak angkat.

kak kmLydia RosliNormah DamanhuriTyzo Xander
https://lomp.at/fbvr2
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

“Hati-Hati FattMira, Tak Semua Suka Tengok Bahagia” – Netizen Tegur Fattah Amin & Amira Othman Terlalu Tunjuk Mesra

by Puteri Alia
November 12, 2025

Pasangan suami isteri popular, Fattah Amin dan Amira Othman sekali lagi mencuri perhatian apabila muncul bersama dalam sesi Meet &...

Read more
Lokal

Tun Laila Sah Bergelar Isteri: “Perjalanan Nak Sampai Hari Nikah Memang Mencabar”

Peguam dan pempengaruh media sosial, Tun Laila kini sah bergelar isteri kepada Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Amir Haiqal dengan sekali...

Read more
by Aphit J.
November 8, 2025
Lokal

Uqasha Senrose Kekal Dingin, Kamal Adli Masih Enggan Mengalah Pertahankan Rumah Tangga

Pelakon Kamal Adli meluahkan rasa terharu apabila melihat kesungguhan orang ramai membantunya memujuk isteri tercinta, Uqasha Senrose, dengan menitipkan kata-kata...

Read more
by Puteri Alia
October 30, 2025
Lokal

Ben Amir Titip Ucapan Buat Kekasih Selepas Peluk Islam, Curi Perhatian Rakan Selebriti & Netizen

Pelakon, Ben Amir menitipkan ucapan istimewa selepas teman wanitanya yang berasal dari Filipina kini sudah memeluk agama Islam. Ben atau...

Read more
by Naddy Joe
November 11, 2025
Lokal

Syazwan Zulkifly Nafi Jadi Pelakon ‘Demand’ Lepas Menang FFM – “Kalau Menang Dulu, Mungkin Dah Lain Cerita!”

Pelakon berbakat, Syazwan Zulkifly menafikan dakwaan kononnya dia mula ‘demand’ bayaran tinggi selepas merangkul trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi...

Read more
by Puteri Alia
November 10, 2025
Lokal

Haqiem Stopa ‘Upload’ Foto Tangan Luka, Lain Pula Reaksi Netizen?-“Second Slide Tu..”

Personaliti media sosial, Haqiem Stopa mencetuskan pelbagai reaksi netizen selepas memuatnaik beberapa keping foto di media sosial miliknya, baru-baru ini....

Read more
by Naddy Joe
November 12, 2025
Lokal

[VIDEO] Peminat Puji Sikap Nelydia Senrose-“Tak Pernah Cerita Masalah Di Media Sosial”

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan kemesraan Nelydia Senrose bersama suami tercintanya itu. Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut....

Read more
by Noah Ab
October 22, 2025
Spotlight

Tiga Beranak Slay Bawa Lagu ‘What’s Going On’, Di Putrajaya

Kalau sebelum ini keluarga ini pernah mencuri perhatian ramai dengan bakat dan penampilan uniknya kali ini aksi keluarga berbakat ini...

Read more
by Aisy
December 8, 2025
Lokal

Zarina Anjoulie Dedah Wajah Netizen Mahu Tumpang Populariti?-“Sampai Sanggup Screenshot & Repost..”

Pelakon, Zarina Anjoulie atau lebih mesra disapa sebagai Anju tampil mendedahkan wajah netizen yang yang disifatkan mahu menumpang popularitinya di...

Read more
by Naddy Joe
November 12, 2025
Lokal

[VIDEO] Adam Lee Kongsi Momen Romantis Beri Kejutan Buat Sweet Qismina, Lain Yang Netizen Terpegun!

Aktor, Adam Lee membuat perkongsian isitimewa ketika memberikan kejutan buat isterinya yang juga pelakon, Sweet Qismina sempena hari lahirnya yang...

Read more
by Naddy Joe
October 24, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Video Almarhum Tunku Abdul Jalil Buatkan Agong, Permaisuri & Tunku Aminah Menitiskan Airmata

  2. 2

    Kereta Mewah Siti Nurhaliza Di Program Rancakkan MADANI Pukau Peminat

  3. 3

    5 Perkara Yang Kita Semua Boleh Belajar Dari Restoran Baharu Khairul Aming, Rembayung

  4. 4

    KA Perkenal Sistem Tempahan Rembayung, Pemuda Beri Cadangan Supaya Tidak Ditipu Reseller

  5. 5

    “Aku Syak Bapak Dia Letak Nama Ex-Ex Dia Sekali”- Nama Panjang Sampai Penuh Borang Cetus Spekulasi

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore