Saturday, June 28, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selera

Nak Cuba Hidangan Mexico Yang Luar Biasa? Jom Ke El Ocho Mexican Eatery & MN Coffee di Melaka

by Phic ARMAN
July 31, 2024
21
KONGSIAN
Share on Facebook

El Ocho Mexican Eatery dan MN Coffee dengan bangga mengumumkan pembukaan restoran dan kafe baru mereka di No 35, Jalan Kampung Hulu, Melaka. Terletak di lokasi strategik di tengah Bandaraya Melaka, restoran dan kafe ini menjadi tarikan gastronomi terbaru bagi pelancong dari dalam dan luar negara untuk menikmati hidangan Mexico dan pelbagai pilihan kopi yang menarik.

CEO dan pengasas Gula Cakery Group, Puan Arieni Ritzal

Menurut CEO dan pengasas Gula Cakery Group, Puan Arieni Ritzal, El Ocho Mexican Eatery menawarkan menu yang kaya dengan pelbagai pilihan seperti tacos, enchiladas, dan quesadillas, semuanya disediakan dengan bahan-bahan segar dan rempah asli. Restoran ini juga mempromosikan inklusiviti budaya, membolehkan rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang menikmati masakan Mexico dalam suasana yang lebih selesa, serta merupakan kafe milik penuh Bumiputera dan halal.

El Ocho Mexican Eatery menawarkan menu yang kaya dengan pelbagai pilihan seperti tacos, enchiladas, dan quesadillas, semuanya disediakan dengan bahan-bahan segar dan rempah asli.
MN Coffee pula menyajikan pelbagai pilihan kopi, dari espresso klasik hingga kreasi kopi khas lokal, dalam suasana yang nyaman dan dekorasi menarik.

Antara menu popular di El Ocho Mexican Eatery termasuk Pulled Beef Tacos, hidangan Mexico yang menawarkan tekstur lembut daging yang dimasak perlahan dan rasa yang kaya. Menu di restoran ini juga disesuaikan dengan citarasa tempatan untuk memenuhi selera pelanggan. MN Coffee pula menyajikan pelbagai pilihan kopi, dari espresso klasik hingga kreasi kopi khas lokal, dalam suasana yang nyaman dan dekorasi menarik.

El Ocho Mexican Eatery ditubuhkan selepas seorang cef di Gula Cakery Group menunjukkan kemahiran menyediakan hidangan Mexico. Dibuka secara rasmi pada 2022 di Setia Alam, Selangor, menu di restoran ini dihasilkan melalui proses R&D bersama team Gula Cakery.

Nama El Ocho merujuk kepada “Nombor 8” yang melambangkan gabungan lapan individu penting dalam team mereka. Bagi warga Melaka yang ingin menikmati hidangan Mexico yang halal, El Ocho Mexican Eatery adalah destinasi yang wajib dikunjungi.

What’s your Reaction?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
https://lomp.at/z6qhs
Share8Tweet5SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  2. 2

    “Terpaling Nak Kahwin”-Irma Hasmie Cetus Spekulasi Bersanding Semula Lepas Setahun Bergelar Ibu Tunggal

  3. 3

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  4. 4

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

  5. 5

    [VIDEO] “Ada Hikmah Abah Sakit, Akhirnya Anak-Anak Bantu Berniaga” – Aliff Syukri Bersyukur Anak Banyak Membantu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem