Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

“Ramai Orang Sihat Sekarang Mati” – Datuk Nora Ariffin Cerita Detik-Detik Cemas 10 Hari Ditahan Di Hospital

by Puteri Alia
August 2, 2024
28
KONGSIAN
Share on Facebook

Selepas 10 hari ditahan dalam wad sebuah pusat perubatan di Kajang, Selangor akibat keletihan melampau, penyanyi Datuk Nora Ariffin kini dibenarkan pulang ke rumah.

Nora, atau nama lengkapnya Wan Norafizah Wan Ariffin, 50, menjalani pemeriksaan penuh sepanjang tempoh tersebut sebagai langkah berjaga-jaga terhadap sebarang virus atau penyakit berbahaya.

“Ya, saya ditahan di wad sejak Isnin minggu lalu. Saya lebih kepada penat sangat. Badan terlampau letih. Saya cuma risau ada jangkitan virus atau demam sebab sekarang macam-macam penyakit tetapi selepas buat pemeriksaan doktor sahkan tiada penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, jantung, buah pinggang mahupun kanser,” katanya.

Nora, yang terkenal dengan lagu Di Persimpangan Dilema, memaklumkan bahawa sebelum dimasukkan ke wad pada 22 Julai lalu, jadual kerjanya padat dengan proses penghasilan lagu baharu.

“Saya pun memang perasan agak penat kebelakangan ini dengan kerja sibuk menyiapkan rakaman single terbaharu. Sudah lama tidak masuk studio, tiga jam berdiri agaknya badan lama tidak bekerja. Balik sahaja daripada rakaman badan saya menggigil. Keesokan harinya ke klinik kerana demam tidak kebah dan terus dihantar ke hospital kerana takut ada jangkitan,” ujarnya.

Selepas keluar dari hospital, doktor menasihatkan Nora agar berehat di rumah bagi mengelakkan tekanan dan memastikan kesihatannya pulih dengan segera.

“Doktor suruh rehat di rumah sahaja dalam dua, tiga hari tanpa melakukan sebarang kerja atau memandu kereta dalam tempoh perjalanan panjang. Paling penting doktor harap saya jangan stres. Bila tekanan muncul, semua fungsi organ jadi tidak betul dan mudah diserang sakit. Jadi, doktor bekalkan segala ubat untuk dimakan. Nak tak nak saya kena hadap,” jelasnya lagi.

Sebelum ini, Nora pernah ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) selama tujuh hari di sebuah pusat perubatan swasta di Kajang, Selangor akibat sesak nafas. Pengalaman tersebut menambah kesedaran Nora tentang pentingnya menjaga kesihatan, terutama dengan usia yang semakin meningkat.

“Umur saya sudah 51 tahun, usia begini memang kena berjaga-jaga dan tidak boleh ambil mudah terutama ramai berita orang sihat tiba-tiba sakit atau meninggal dunia,” katanya.

Dengan semangat yang kuat dan sokongan dari keluarga serta peminat, Nora Ariffin kini dalam proses pemulihan dan berazam untuk terus berkarya dalam industri muzik.

Suami Nora Ariffin Dedah Ada Bukti Menunjukkan Penceraian Disebabkan Desakan Isteri Pertama Dan Anak
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
Datuk Nora Ariffin
https://lomp.at/8sja1
Share11Tweet7SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem