Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Musik

Penyanyi Kacak Asal Brunei Kembali Dengan Single Pop Terbaharu Bercerita Perihal ‘Expiry Date’ Dalam Perhubungan

by Aphit J.
August 4, 2024
18
KONGSIAN
Share on Facebook

Baharu sahaja pulang dari membuat persembahan di acara ASEAN-Korea Music Festival 2024 (Round Festival) yang bertempat di Busan, Korea Selatan, penyanyi kacak asal Brunei, Rizal Rasid kembali dengan single pop rancak terbaharu berjudul ‘Tarikh Luput’.

Menampilkan Tish Errda

Dalam single ini dia turut menampilkan penyanyi berbakat Tish Errda,

Lagu ini adalah ciptaan Amzar Razqa, Sabbala, Mekar dan Tish Errda sendiri, dan diterbitkan oleh label rakaman terkenal tanah air, Warner Music Malaysia.

Kali terakhir Rizal muncul dengan single terbaharu hampir setahun yang lalu.

Walaupun sudah lama tidak muncul dengan mana-mana single, Rizal masih lagi aktif menyanyi di majlis tertutup, persembahan korporat dan di beberapa buah universiti.

Mencuba Sesuatu Yang Baharu

via Universal Music Malaysia

Bagi single ‘Tarikh Luput’, Rizal mencuba sesuatu yang baharu dalam nuansa melodi yang tidak pernah dibawakan sebelum ini iaitu lagu pop urban rancak dengan elemen R&B.

Selain Rizal, komposer bersama, Tish Errda turut berduet dalam single ‘Tarikh Luput’ ini.

Tish yang mempunyai keistimewaan vokal yang tersendiri, tona suaranya sedap serta lembut didengar, dan berpadanan dengan vokal Rizal, maka dia mengambil keputusan untuk menjadikannya rakan duet dalam lagu ini.

Klip Video Yang Menarik

via Universal Music Malaysia

Single ‘Tarikh Luput’ yang telah pun dilancarkan turut memaparkan sebuah muzik video (MV) dengan konsep urban dan moden, dengan paparan busana fesyen terkini dan penataan cahaya yang menarik.

Lagu ‘Tarikh Luput’ boleh dimuat turun di iTunes serta dijadikan nada dering panggilan menerusi  ke semua syarikat telekomunikasi tempatan dan boleh didengar pada bila-bila masa melalui  aplikasi penstriman atas talian seperti Spotify, KKBox, Deezer, Apple Music serta YouTube Music.

Manakala MV single ini pula boleh ditonton secara eksklusif hanya di saluran khas YouTube Warner Music Malaysia.

What’s your Reaction?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Rizal RasidTish Errda
https://lomp.at/sdmvl
Share7Tweet5SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem