Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Spider, Ruffedge, DOLLA, Hujan Antara Yang Bakal Gegar Konsert Jiwa Malaysia September Ini!

by Naddy Joe
August 9, 2024
89
KONGSIAN
Share on Facebook

Tidak lengkap bulan sakti Ogos tanpa pengisian yang melestarikan patriotisme terhadap negara yang mencapai kemerdekaan setiap tanggal 31 Ogos. Dan setelah Ogos diraikan dengan semangat kemerdekaan, September hadir dengan semarak cinta yang lebih besar apabila negara menyambut Hari Malaysia setiap tanggal 16 September 2024.

Selaras itu, Perbadanan Stadium Malaysia dengan kerjasama MND Sport & Event selaku penganjur bersama dengan bangga menganjurkan Konsert Jiwa Malaysia 2024 sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-67 dan juga Hari Malaysia.

Konsert Jiwa Malaysia yang direncana berlangsung pada 7 September 2024 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil ini disifatkan sebagai bukan hiburan kosong sebaliknya penuh dengan nilai-nilai yang mampu menyemarakkan semangat kemerdekaan terutama dalam kalangan generasi muda.

Dengan berbesar hati juga penganjur meletak sepenuh kepercayaan dan tanggungjawab kepada enam kugiran terbaik tanah air bersama seorang solois yang mewakili jiwa Malaysia.

Mereka adalah kugiran legenda- Spider, band kegemaran ramai- Hujan, Ruffedge yang penuh warna, tiga gadis sensasi mewakili Dolla, band energetik Bunkface dan Insomniacks serta si kecil molek dari Sandakan Sabah, Bella Astillah.

via IG @stadium.malaysia

Sedar Ogos dan September dibanjiri pelbagai acara, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia, Encik Iliyas Jamil menyifatkan Konsert Jiwa Malaysia 2024 berbeza daripada penganjuran lainnya.

“Bertemakan Jiwa Malaysia, konsert ini bukan sahaja akan menghiburkan para pengunjung yang majoriti dari kalangan generasi muda, malah turut menginspirasi mereka tentang kepentingan memelihara dan mempertahankan kedaulatan negara.

Pembabitan Spider, Hujan, Ruffedge, Dolla, Bunkface, Insomniacks dan Bella Astillah mewakili setiap generasi masing-masing disifatkan relevan dalam usaha membangkitkan nilai-nilai kemerdekaan dalam masyarakat hari ini,” ujar Iliyas Jamil.

via IG @stadium.malaysia

Buat satu-satunya permata yang menghiburkan pengunjung bermula pukul 8 malam di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 7 September 2024, Bella Astillah, kesempatan yang diberi kepadanya akan dimanfaatkan sebaik mungkin. Sementelah, Bella secara tidak langsung seperti mewakili Sabah yang melengkapkan negara bernama Malaysia.

“Sejujurnya Konsert Jiwa Malaysia 2024 akan menjadi platform yang sangat bermakna buat saya sebagai satu-satunya penyanyi wanita solo pada malam itu serta wakil pengiat seni dari Sabah.

Terima kasih buat penganjur yang memberi kepercayaan kepada saya untuk berkongsi pentas dengan lima kugiran hebat tanah air demi menyemarakkan rasa cinta terhadap negara kita yang tercinta.

Tidak kira saya dari Sabah atau Spider dari Johor misalnya, kita semua satu. Kita adalah wajah Malaysia,” ujar Bella Astillah.

Lebih mengujakan, penganjur yang menyasarkan seramai 15,000 penonton meletakkan dua harga cukup berbaloi dibeli pengunjung untuk menikmati Konsert Jiwa Malaysia 2024.

View this post on Instagram

A post shared by Showcase Jiwa Kacau (@jiwakacau.official)

Pengunjung boleh membeli tiket berharga RM70 (JIWA- berdiri) dan RM50 (MERDEKA- duduk) untuk EARLY BIRD serta RM120 (JIWA-berdiri) dan RM 90 (MERDEKA- duduk) bagi harga asal menerusi https://ilassotickets.com untuk merasai pengalaman berbeza meraikan semangat patriotisme di Konsert Jiwa Malaysia 2024.

Pastikan anda adalah salah seorang calon pengunjung yang akan melakar sejarah bersama Konsert Jiwa Malaysia 2024 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 7 September 2024 ini.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
https://lomp.at/399cx
Share36Tweet22SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem