Saturday, July 26, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Tak Pernah ‘Enjoy’ Ke Disko Pada Zaman Muda, TokTi Tak Menyesal Zaman Remajanya Dikorbankan Untuk Kerjaya

by Puteri Alia
August 9, 2024
251
KONGSIAN
Share on Facebook

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, tidak pernah berasa terkilan walaupun zaman remajanya dikorbankan demi memberi fokus sepenuhnya kepada kerjaya seni.

Walaupun tidak dapat menikmati keseronokan seperti yang dilalui rakan seusianya, Siti tetap bersyukur kerana perjalanan hidupnya telah membentuknya menjadi individu yang dihormati dan berjaya dalam industri muzik.

Menurut Siti, atau nama lengkapnya Siti Nurhaliza Tarudin, zaman remaja yang dilaluinya berbeza daripada kebanyakan orang lain. Pada usia 17 tahun, ketika rakan-rakannya sibuk bersosial dan menikmati masa lapang, Siti sudah menceburkan diri sepenuhnya dalam dunia seni dan tidak pernah berhenti bekerja.

“Saya melalui zaman remaja yang tak sama macam orang lain. Tiada masa nak melepak atau keluar dengan kawan-kawan untuk berseronok. Pada usia 17 tahun, saya terus fokus jadi anak seni dan tak berhenti bekerja,” katanya dalam temu bual podcast bersama anak tirinya, Ashraf Khalid, baru-baru ini.

Lebih menarik lagi, Siti turut mendedahkan bahawa sepanjang usia remajanya, dia tidak pernah menjejakkan kaki ke pusat hiburan atau disko seperti yang dilakukan oleh kebanyakan remaja lain.

Meskipun tidak mengalami momen bersosial yang sering dianggap penting oleh remaja, Siti tidak pernah berasa rugi atau bosan.

“Pergi disko waktu remaja untuk berseronok memang tak pernah dalam hidup saya tapi tidak rasa bosan pun. Saya tak pernah rasa rugi tidak pernah menjejakkan kaki ke sana sebab jadual padat dengan kerja,” ujar Siti dengan penuh keikhlasan.

Walaupun tidak merasai keseronokan remaja seperti orang lain, Siti bersyukur kerana dikelilingi oleh individu yang menjaga dirinya dengan baik.

Walau begitu, sama seperti manusia lain, Siti juga pernah merasakan keletihan akibat jadual kerja yang padat. Namun, nasihat daripada ibu tercinta menjadi pendorong untuk terus menjalani tanggungjawab sebagai seorang anak seni.

[VIDEO] Siti Nurhaliza Buatkan Pekerjanya Menangis Raih Perhatian!-"Lemah kalau Dengan Ibu Bapa"

“Penyesalan untuk menikmati keseronokan itu tiada. Alhamdulillah saya bersyukur sangat sebab dijaga baik oleh orang sekeliling. Tipulah kalau saya tiada rasa nak berehat tetapi ini jalan yang saya pilih dan memandangnya sebagai satu tanggungjawab. Jadi, tak boleh nak merungut,” katanya lagi.

Menutup perkongsiannya, Siti mengakui bahawa kesusahan dan pengorbanan yang dilalui semasa muda itulah yang menjadikannya mampu berdiri teguh dalam industri seni hingga ke hari ini.

Kejayaan yang dinikmati Siti Nurhaliza sekarang adalah hasil daripada usaha gigih dan pengorbanan yang dilakukan sejak usia remaja, tanpa ada sebarang penyesalan.

Dato Seri Siti NurhalizatoktiTokTi tidak ke Disko
https://lomp.at/cw5yz
Share100Tweet63SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Jatuh Secara Tiba-Tiba, Andi Bernadee Dedah Sedang Dalam Proses Kuatkan Kaki

by Aphit J.
July 26, 2025

Baru-bru ini penyanyi dan pelakon terkenal, Andi Bernadee mendedahkan bahawa beliau mengalami kecederaan kaki akibat terjatuh dalam satu insiden yang...

Read more
Lokal

Amira Othman Muat Naik Video Fattah Amin Berserta Lagu ‘Jatuh Cinta Lagi’, Netizen Mula Berteka-Teki

Amira Othman sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila memuat naik sebuah video terbaharu di akaun TikTok miliknya yang menampilkan susuk...

Read more
by Puteri Alia
July 25, 2025
Lokal

Aliff Syukri Nafi Beli Jet Peribadi, Dedah Hanya Gimik Promosi Emas Bersama Isteri

Datuk Seri Aliff Syukri akhirnya tampil menjernihkan kekeliruan yang timbul susulan dakwaan mengatakan dirinya telah membeli sebuah jet peribadi. Menurut...

Read more
by Puteri Alia
July 25, 2025
Lokal

Fazura Serah Bukti Fitnah ke MCMC, Netizen Hina Arwah Bapa dan Anak Jadi Sasaran

Fazura sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila kelibatnya dilihat berada di pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), dipercayai berkaitan...

Read more
by Puteri Alia
July 25, 2025
Berita

[VIDEO] Ammar Ahyan Belajar Pandu Kereta Di ‘Airport’, Cetus Pelbagai Reaksi Netizen!-“Level Apa Ni?..”

Perkongsian anak sulung usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aiff Syukri iaitu Ammar Ahyan yang pertama kali belajar memandu kereta mencuri...

Read more
by Naddy Joe
July 25, 2025
Screenshot
Lokal

[VIDEO] Ajak Shiro Beri Kejutan ‘Hadiahkan’ Cawangan Restoran Baharu Buat Ebby Yus, Netizen Terharu!

Pelawak dan penyampai radio, Ajak Shiro mencetuskan rasa sebak rakan selebriti dan netizen selepas menghadiahkan cawangan restoran baharu buat rakan...

Read more
by Naddy Joe
July 25, 2025
Selebriti

Hulk Hogan Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun, Ini Punca Kematian

Satu kehilangan besar buat dunia gusti dan hiburan, legenda WWE, Hulk Hogan, telah menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 71 tahun....

Read more
by Phic ARMAN
July 25, 2025
Lokal

[VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon wanita Malaysia, Intan Nurladyana Mohamat Yahaya atau lebih dikenali sebagai Intan Ladyana. Selain seorang...

Read more
by Amirul Fikry
July 25, 2025
Lokal

[VIDEO] Netizen Sebak Lihat Fatima ‘Kiss’ Pipi & Dahi Fattah Amin

Abdul Fattah Mohd Amin atau lebih dikenali sebagai Fattah Amin merupakan seorang pelakon, penyanyi dan model Malaysia. Beliau mula meraih kemasyhuran sebagai juara Hero...

Read more
by Amirul Fikry
July 25, 2025
Lokal

[VIDEO] Awie Mengusik Anak Perempuannya Buatkan Netizen Teruja-“Nak Jadi Menantu”

Datuk Ahmad Azhar bin Othman, lebih dikenali sebagai Awie, adalah vokalis utama kumpulan rock legenda Malaysia, Wings, yang ditubuhkan pada...

Read more
by Amirul Fikry
July 25, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bukan Lagi Konten Lawak – Netizen Nampak Jelas Wajah Ammar ‘Minta Tolong’ dalam Live Aliff Syukri

  2. 2

    “Nak Pikat Anak, Kena Pikat Menantu Dulu” – Che Ta Akui Belajar Lembutkan Hati Bakal Menantu Daripada Bekas Ibu Mentua

  3. 3

    [VIDEO] Gelagat Mira Filzah & Anak Lelakinya Buat Trend Bugatti, Curi Perhatian Netizen!-“Comel Amir..”

  4. 4

    [VIDEO] Qadejah Marah Aliff Syukri, Tapi Lain Pula Netizen Terhibur- “Sempat Mintak Air Pulak Tu”

  5. 5

    Layan Lebih 400 Drama & Main Game Dalam Satu Apps? Ya, Dengan Tune Talk, Bukan Untuk Semak Baki Jer…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem