Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Konsert Cipta M Nasir Di Axiata Arena Berjaya Pukau 8,000 Penonton!

by Naddy Joe
August 12, 2024
Share on Facebook

Baru-baru ini telah berlangsung konsert seorang figura seni bernama M.Nasir iaitu DATO’ M.N45IR CIPTA yang berlangsung pada Sabtu di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Berjaya memukau seramai 8,000 penonton, konsert figura berusia 66 tahun ini turut diserikan dengan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditemani anak perempuannya, Nurul Izzah, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, serta Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Malah, Dato M Nasir turut menitipkan ucapan serta menyanyikan Selamat Hari Lahir buat Perdana Menteri yang meraikan hari lahirnya yang ke-77 pada hari konsert berkenaan.

Selain tetamu kehormat, konsert M Nasir ini dihadiri ramai rakan selebriti seperti Fauziah Nawi, Ella, Lan Solo, Musa Exists, Eddie Wings, Neves Pretty Ugly, Bunkface, Marsha, Ziana Zain, dan Misha Omar.

Berdurasi selama dua jam, M Nasir berjaya menghiburkan peminat lebih 20 buah lagu termasuklah Suatu Masa, Sentuhan Listrikmu, Apokalips, Senandung, Semalam, Hati Emas, Bikin Filem dan banyak lagi.

Bukan sahaja membawakan lagu-lagu dari album solo miliknya, Dato’ M Nasir turut memukau penonton dengan lagu-lagu ciptaan magisnya yang diberikan kepada Search, Alleycats, Awie, Seha, BPR, Kristal, Def Gab C, dan Rahim Maarof.

Dengan iringan 25 para pemuzik dan penyanyi latar, konsert ini telah berjaya mencipta sejarah tersendiri buat hati dan mata yang menonton.

Konsert anjuran penganjur, Icon Entertainment ini adalah sempena penglibatan Dato M Nasir selama 45 tahun dalam industri seni tanah air.

https://lomp.at/7fmv1
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

Ayda Jebat Kesal Dengan Sikap Peminat Yang Datang Usap Perut-“Nak Cakap Tak Selesa..”

by Naddy Joe
January 12, 2026

Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat meminta pandangan warganet di media sosial berhubung sikap sesetengah individu yang bertindak sesuka hati memegang...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Zain Saidin & Aaisyah Dhia Rana Pergi Bazar Ramadan, Curi Perhatian Netizen!

by Naddy Joe
February 23, 2026

Perkongsian aktor, Zain Saidin mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen dia dan anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana mengunjungi bazar Ramadan...

Read moreDetails
Foto - @azirashafinaz (Threads)
Lokal

Penampilan Azira Shafinaz Mengenakan Busana Ketat Tuai Kecaman

by Nurul A.
February 10, 2026

Penyanyi kumpulan De Fam dan pelakon, Azira Shafinaz menjadi tumpuan ramai selepas berkongsi beberapa gambarnya ketika sambutan Tahun Baru Cina...

Read moreDetails
Foto - @nubhan.ahamad (IG) / @drfietawfek (IG)
Lokal

“Apa Yang Saya Lakukan Itu Bukan Membabi Buta”- Nubhan

by Nurul A.
January 12, 2026

Sebelum ini, nama penyanyi Ahmad Nubhan Ahamad menjadi bualan ramai apabila timbul dakwaan bahawa dia telah mengeluarkan dan mencampak barangan...

Read moreDetails
Lokal

Dua Legasi, Satu Rantaian Kasih HABIB & Datuk Sri Siti Nurhaliza

by Naddy Joe
March 1, 2026

HABIB, jenama barangan kemas yang telah menjadi sebahagian daripada detik bermakna rakyat Malaysia sejak lebih enam dekad, dengan bangganya menampilkan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  4. 4

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

  5. 5

    Tamatkan 18 Tahun Perkahwinan Dengan Anak Rosmah, Fazley Yaakob Umum Perceraian Dengan Isteri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara