Umum mengetahui, penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza baru selesai menghiburkan peminatnya dengan Konsert Cinta Di Awan di Arena of Stars, Genting Highlands selama dua hari, 10 dan 11 Ogos lalu.
Setelah 8 bulan bekerja keras kerana kesibukan kerja, Siti Nurhaliza menerusi hantaran di Instagram dilihat berkongsi momen dirinya menghabiskan masa bersama keluarga tersayang dengan bercuti di Phuket, Thailand.
“Alhamdulillah, dapat masa berehat sebentar setelah 8 bulan bekerja keras. Masa emas bersama keluarga tersayang ❤️❤️❤️.”-kapsyen Siti di Instagram
“Alhamdulillah Tok Ti Dah Boleh Berehat…”
Hantaran yang dikongsikan oleh Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa sebagai TokTi ini dibanjiri dengan komen netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa teruja melihat penyanyi ini akhirnya dapat berehat daripada kesibukan kerja.
“Selamat berehat. Tapi jangan lama-lama please, nak concert lagi. Hahaha sorry 😂.”
“You deserve for it. Happy holiday Mak Iti.”
“Jarang la tengok Datuk Siti bercuti. Ni baru nampak, betul-betul busy dia ek. Enjoy your cuti ❤️❤️.”
“Alhamdulillah TokTi dah boleh berehat menikmati masa indah dengan yang tersayang ❤️.”
“Happy holiday Tok Ti dan family tersayang. Enjoy it.”
“Buat video satu lagu atas kapal tu.”
“Datuk K always balancing Datuk Siti yang hardworking. Masih ingat lagi interview dulu Datuk Siti bagitau Datuk K akan sentiasa bagi Datuk Siti untuk ada me time and break after all the hardwork.”
“Nampak muda Datuk K, semoga sihat bersama isteri dan anak-anak tersayang.”
Apa komen anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.