Pelakon, Zarina Zainuddin tampil bersuara selepas teruk dikecam netizen berhubung perkongsian video mengenai anak lelakinya, Azal sebelum ini di media sosial.
“Anak Seperti Ini Lurus, Dia Akan Cerita Perkara Yang Benar…”
Zarina menerusi hantaran di Instagram, memohon orang ramai untuk memahami bahawa anak autisme akan menceritakan perkara yang sebenar.
“Orang cakap bodoh punya mak pergi buka aib anak. Kalau aib, anak saya buka seluar tunjuk benda-benda tak senonoh, kalau setakat dia beritahu keadaan dia, awak semua kena faham ya.
Anak seperti ini lurus, dia akan cerita perkara yang benar. Saya juga ada menasihatkan anak saya di hujung video itu begini, sebab tu Azal jangan tengok benda pelik-pelik, tak elok. Adakah kata-kata seperti itu aib.”-jelas Zarina
Menangis Baca Penghinaan Netizen
Tambahnya lagi, dia akui rasa sedih apabila membaca kata-kata hinaan netizen yang dilemparkan kepadanya selain turut mengaitkan kisah lalunya itu.
“Hari-hari saya nangis baca, kaitkan masa lalu saya. Saya dah ke depan jauh dah saya tinggalkan.
Syukur Alhamdulillah, terima kasih atas hinaan anda semua, mana yang saya rasa saya patut block, saya dah block.
Mana yang dah tak suka saya, silalah unfollow saya untuk saya cek dan block balik. Takmau gaduh, mental health saya perlu jaga. Tak suka, tak apa, saya redho.”-tambah Zarina
Apa komen anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.