Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Bisnes

Gabungan Sains, Kelestarian dan Gaya, Sunnystep Lebar Sayap ke Malaysia

by Phic ARMAN
August 29, 2024
Barisan Tim Sunnystep Dari Kiri, Yani Amiza, Claire Yu dan Mao Ting

Barisan Tim Sunnystep Dari Kiri, Yani Amiza, Claire Yu dan Mao Ting

Share on Facebook

Sunnystep, jenama kasut terkenal dari Singapura, telah melebarkan sayapnya ke Malaysia dengan pembukaan gedung pertama di The Exchange TRX. Pengembangan ini selaras dengan peningkatan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat Malaysia pasca pandemik, yang memerlukan kasut berkualiti untuk meningkatkan keselesaan dan semangat dalam menjalani kehidupan lebih aktif.

Pengasas Sunnystep, Ting Mao

Diasaskan oleh Ting Mao selepas mengalami kecederaan tulang belakang, Sunnystep berusaha menawarkan kasut yang bukan sahaja selesa tetapi juga menyokong postur badan dan kestabilan. Pengalaman peribadi Mao membawa kepada penciptaan kasut yang mampu mengubah cara berjalan dan duduk, membantu orang ramai hidup dengan lebih sihat dan cergas melalui pergerakan yang betul.

“Kisah kami bermula selepas satu kecederaan tulang belakang yang parah mengubah cara saya berjalan, duduk dan berdiri selama-lamanya. Ketika itu, saya tidak menemui sebarang jenama kasut yang menawarkan ciri versatiliti dan sokongan fungsi yang amat diperlukan oleh badan saya,” kongsi Pengasas Sunnystep, Ting Mao. “Saya yakin kasut yang sesuai boleh mengubah hidup, postur, potensi serta langkah anda ke hadapan. Jadi, Sunnystep dilahirkan bagi membantu orang ramai hidup dengan sejahtera dan menikmati keceriaan yang dibawa pergerakan.”

Dream Sneaker

Antara produk utama mereka adalah Balance Runner dan Dream Sneaker, yang direka khusus dengan kerjasama MIT Sports Lab untuk menyokong gaya hidup aktif. Kasut-kasut ini dilengkapi teknologi seperti ‘Polyurethane Cloud Cushioning’ yang menawarkan sokongan lengkung stabil, kusyen gel untuk penyerapan kejutan, dan reka bentuk yang anti-kejutan, memastikan keselesaan dan kestabilan sepanjang hari.

Selain mengutamakan keselesaan, Sunnystep juga menekankan aspek kelestarian dengan menggunakan bahan mesra alam seperti kulit vegan berasaskan bio dalam produk mereka. Dengan komitmen terhadap inovasi dan kelestarian, jenama ini terus berusaha menawarkan kasut yang bukan sahaja praktikal, tetapi juga menyokong gaya hidup yang sihat dan lebih mesra alam

Error happened.
Sunnystep
https://lomp.at/7l3om
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Arab Saudi Laksana Hukum Hudud, Saiful Apek Kecewa Yassin Masih Ditahan Atas Tuduhan Berat

  5. 5

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara