Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Bisnes

Hangar Terpaling Besar, ADE Catat Sejarah Dalam ‘Malaysia Book of Record’

by Phic ARMAN
September 26, 2024
Share on Facebook

Asia Digital Engineering (ADE), bahagian Penyelenggaraan, Pembaikan, dan Baik pulih (MRO) dari Capital A, telah merasmikan pembukaan hangar MRO terbaharunya yang mempunyai 14 jalur penyelengaraan. Fasiliti ini merupakan yang terbesar dan tercanggih di Malaysia, menunjukkan komitmen ADE untuk memimpin industri MRO di ASEAN.

CEO Capital A, Tan Sri Tony Fernandes, menyatakan kebanggaannya terhadap pencapaian ADE dan menggambarkan hangar ini sebagai lambang visi masa depan MRO di Asia. Dengan pelaburan dalam teknologi terkini dan lokasi strategik di Malaysia, ADE bersedia merevolusikan landskap MRO dengan menyediakan perkhidmatan yang lebih inovatif dan cekap untuk syarikat penerbangan, termasuk AirAsia.

Hanggar seluas lebih daripada 380,000 kaki persegi ini terletak di Zon Sokongan Aeronautika KLIA 1 dan dilengkapi dengan pelbagai bengkel khusus seperti Bengkel Komposit dan Bengkel Pencetakan 3D. Fasiliti ini turut menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records, mencatat tiga rekod kebangsaan yang membuktikan keunggulan kejuruteraan dan seni bina Malaysia dalam industri aeroangkasa.

Mahesh Kumar, CEO ADE, menyatakan bahawa penambahan jalur baru ini akan membantu memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi perkhidmatan MRO. Penubuhan hangar ini juga membuka 500 peluang pekerjaan baru di Malaysia dan memacu pelaburan asing, sekali gus memperkukuh peranan Malaysia dalam industri MRO global.

ADE juga sedang merancang pengembangan tambahan dengan pembinaan lebih banyak fasiliti serta rancangan untuk memperluaskan khidmatnya ke pesawat lain. ADE telah menerima pelbagai pengiktirafan antarabangsa, termasuk kelulusan EASA Part 145 Maintenance Organisation, yang akan menyokong pertumbuhan mereka di peringkat global.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
AdeairasiaMahesh KumarMRO
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Bisnes

Rahsia Di Sebalik Nasi Lemak Pak Man: Port Makan Nostalgik Di Tengah Bandar

by Phic ARMAN
June 20, 2026

Kalau anda peminat nasi lemak dan sedang mencari port makan dengan suasana yang mengimbau kenangan lama, MURAI ada satu lokasi...

Read moreDetails
Foto - Harian Metro
Bisnes

Mampu Milik, Kad Kredit-i RHB Sinar Tawar Kadar Keuntungan Sebanyak 14% Setahun!

by Nurul A.
July 13, 2026

RHB Bank Berhad (“RHB” atau “Group”) hari ini memperkenalkan Kad Kredit-i RHB Sinar yang baharu. Kad kredit ini memberikan pelanggan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Berwajah Cantik & Gemar Sukan Berkuda, Anak Saudara Raja Abdullah II Curi Tumpuan

  2. 2

    Lepas Cipta Sejarah Di Moto3, Hakim Danish Terima Lamaran Genting SkyWorlds

  3. 3

    UNIQLO Lancar Koleksi Hijab Pertama Yang Dinantikan Oleh Hijabis Malaysia

  4. 4

    ‘Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Infinity Castle’ Kini Tayang Di Netflix

  5. 5

    Inginkan Privasi Tetapi Pihak Hotel ‘Bocor’ Tarikh Perkahwinan Cristiano Ronaldo?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara