Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

[VIDEO] Majlis Siraman Tengku Muhammad & Tengku Natasya Raih Perhatian Ramai!-“Dua-Dua Sepadan”

by Jash Lee
October 8, 2024
Share on Facebook

Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah diputerakan pada 3 Ogos 1997 dengan gelaran Tengku Arif Bendahara Pahang. Baginda merupakan putera kepada Sultan Pahang iaitu Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Ampuan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Beliau merupakan kedua dalam susur galur pewarisan takhta singgahsana kerajaan negeri Pahang.

“Orang Kata Pasangan Ni Salah Sorang Mesti Nak Nampak Garang & Sorang Nampak Lembut, Baru Sekufu”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @razemah_abdullah yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 91 ribu, tanda suka sebanyak 1,142 dan sebanyak 34 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Tengku Natasya dan Tengku Muhammad yang menjalankan majlis siraman sempena bakal berlangsung istiadat perkahwinan Diraja.

@razemah_abdullah

KUALA LUMPUR, 7 Oktober 2024 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Adat Midodareni atau Majlis Suai Kenal di Taman Duta di sini semalam. Turut berangkat, Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, YAM Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah, YHM Che Puan Panglima Raja Puteri Hajjah Suraiya Afzan binti Dato’ Indera Haji Mohammed Moiz, YAM Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah, YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah, YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera dan YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilyana. Majlis Adat Midodareni merupakan salah satu acara sempena Istiadat Perkahwinan Putera Diraja YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah dengan YM Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan dijadualkan berlangsung pada 24 Oktober, 25 Oktober dan 27 Oktober 2024 di Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang. -KESULTANAN PAHANG #alsultanabdullah #sultanpahang #tunkuazizah #tengkuampuanpahang #tengkuhassanal #tengkumahkotapahang #tengkuamirnaseer #tengkumuhammadiskandarriayatuddinshah #tengkuahmadismailmuadzamshah #tengkunatasyaadnan #tabtms #tabtna #PahangRoyalFamily #RoyalPahang #fypp

♬ Inang Pengantin (Instrumental) – Instrumental

Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa kedua-dua bakal perngantin sangat sesuai bagai pinang dibelah dua. Tambah mereka lagi, mereka amat menyukai kerana keluarga kedua-dua belah pihak masih mengekalkan adat-adat mereka.

Apa-apa pun, semoga majlis perkahwinan Tengku Muhammad dan Tengku Natasya berjalan dengan lancar. Semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat.

Apa kata anda?

VIDEO Momen 'Sweet' Putera Mateen & Tengku Muhammad Bukti Hubungan Bukan Biasa-biasa
Istiadat Perkahwinan Tengku MuhammadMajlis Siraman Tengku MuhammadTengku MuhammadTengku Natasya
https://lomp.at/o4vak
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

Putera Mateen & Pengiran Anak Isteri Anisha Kongsi Wajah Puteri Sulung, Sangat Comel!

by Naddy Joe
February 12, 2026

Anakanda kepada Sultan Brunei, Paduka Seri Pangiran Muda Abdul Mateen dan isteri, Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah mencuri...

Read moreDetails
Berita

PMX Titip Ucapan Istimewa Sempena Ulang Tahun Perkahwinan Ke-46, Curi Perhatian Netizen

by Naddy Joe
February 26, 2026

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri perhatian netizen selepas menitipkan ucapan istimewa sempena ulang tahun perkahwinan beliau bersama...

Read moreDetails
Personaliti

YDPA Sultan Ibrahim Gering Akibat Kesakitan ‘Muscoluskeletal’

by Naddy Joe
February 27, 2026

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dilaporkan kini sedang gering akibat kesakitan muscoluskeletal yang melibatkan bahagian otot dan tulang belakang serta...

Read moreDetails
Foto - @koninklijkhuis (IG) / @leo.norqueen (IG) / @norwegianroyalfamily (IG)
Personaliti

Bakal Ratu Eropah Seterusnya, Ini 5 Pewaris Wanita Yang Bersedia Menaiki Tahkta

by Nurul A.
February 23, 2026

Selepas kemangkatan Ratu Elizabeth II, Ratu Margrethe II dari Denmark merupakan satu-satunya pemerintah wanita dalam monarki Eropah. Namun dalam beberapa...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  2. 2

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  3. 3

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  4. 4

    Tak Perlu Ke Thailand! Restoran Ini Hidang Rasa Thai Yang Autentik Di Hulu Langat

  5. 5

    “Naik Kereta Ni Tak Terasa Seperti Bruce Wayne, Tapi Rasa Macam Putera Mateen”-Ujar Alif Satar

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara