Sebelum ini semua sedia maklum bahawa penyanyi Aisyah Aziz telah memaklumkan bahawa dia sudah mula berjinak-jinak mengenakan tudung.
Sering Menerima Kritikan
Malah Aisyah juga mengakui jiwanya lebih tenang selepas mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa.
Dalam pada itu, dia juga mendedahkan sering menerima kritikan mengenai gaya pemakaian hijabnya.
Menerusi perkongsian dalam sebuah podcast di Youtube Studio Sembang, Aisyah Aziz turut mengakui dia berasa panas ketika mengenakan hijab pada awalnya.
Lebih Selesa Menampakkan Leher
Disebabkan terlalu panas, Aisyah mendedahkan bahawa kadang-kadang dia menjadi terlalu marah sehinggakan dia tidak boleh buat baik dan berlaku sopan dengan orang yang berada disekelilingnya.
Namun, adik kepada pelakon dan penyanyi Aliff Aziz itu berasa selesa mengenakan hijab yang menampakkan lehernya ketika ini.
Kenapa suka pakai tudung macam ni?’ berbanding ‘Apa buat you rasa nak pakai tudung?’
Mungkin susah untuk awak pakai tudung, mesti panas kan?
Memang lah, aku pakai nampak leher, sangat panas.
Kadang-kadang saya marah, leher saya ditutup dan saya macam tak boleh buat baik dan sopan dengan orang sebab ia terlalu panas.
Tetapi sekarang bila saya pakai nampak leher sikit, ia tiada masalah bagi saya sekarang.
Aisyah yang mula bertudung pada awal tahun ini turut bersyukur memiliki rakan yang banyak membantunya untuk kekal istiqamah
Melihat diruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar Aisyah untuk terus kekal istiqamah walaupun menerima pelbagai kecaman mengenai cara pemakaiannya itu.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.