Zulkifli Ariffin atau lebih mesra dengan panggilan Zul Ariffin merupakan seorang pelakon dan model lelaki Malaysia. Beliau mula bergiat aktif dalam bidang lakonan pada 2008 menerusi watak pembantu dalam siri drama Awan Dania dan kemudiannya beralih ke watak utama sebagai Inspektor Ashraf dalam siri drama kepolisan paling lama bersiaran di RTM, Gerak Khas sehingga drama itu direhatkan pada 2011. Beliau membuat kemunculan filem pertamanya menerusi watak ASP Zam dalam filem Evolusi KL Drift 2 pada 2010.
Namanya mula menjadi perhatian ramai menerusi gandingannya bersama Ayda Jebat dalam Rindu Awak 200% yang disiarkan di Slot Akasia TV3. Kejayaan drama ini membawa gandingan kali kedua beliau bersama Ayda menerusi drama M.A.I.D di Astro Ria. Menerusi Festival Filem Malaysia ke-26, beliau memenangi Pelakon Harapan Lelaki menerusi persembahannya dalam filem Penanggal.
“Tolong Kembalikan Zul Ariffin Yang Dulu, Jauh Sangat Rosak Ni”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @feyranasrom92 yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 2 juta, tanda suka sebanyak 226 ribu dan sebanyak 1,724 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Zul Arifin yang memakai pakaian seorang dukun sambil berpewatakkan yang melucukan.
@feyranasrom92 Abang Jul lucu gila gess serious tak tipu 🤣🤣 #DonDukun #fyppppppppppppppppppppppp
Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa mereka tidak sangka Zul Ariffin boleh membawa watak sedemikian.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.