Pelakon dan penyanyi, Tya Arifin berkongsi kisah duka mengenai dirinya yang pernah mengalami keguguran pada Januari tahun ini.
Kongsi Tya menerusi video di TikTok dan Instagram, dia tidak menyedari diri hamil ketika sedang bercuti bersama keluarga di Turkiye.
“Sebenarnya pada saat bercuti dengan anak-anak tahun lalu Tya sudah hamil tapi tak tahu. Patutlah masa tu bila berjalan kaki biasanya larat, tapi rasa cepat penat.
Jadi semasa di Turkiye yang Tya saja check, kerana period lambat, jadi video ini untuk kenang-kenangan.”-kongsi Tya di TikTok
“Jadi Tya Sekarang Faham Perasaan Ibu Yang Juga Keguguran…”
Mengalami keguguran pada 24 Januari lalu, Tya mengakui memahami perasaan para ibu yang turut mengalami nasib yang sama sepertinya.
“Tya mengalami keguguran saat pulang ke Malaysia. Saat dapat tahu pregnant ketika bercuti itu, Alhamdulillah. Tapi selepas pulang ke Malaysia, kejadian itu terjadi.
Tak pernah rasa kehilangan, jadi Tya sekarang faham perasaan ibu yang juga mengalami keguguran. MasyaAllah kalian sangat kuat. Awal mula rasa sedih, beberapa hari sudah mula menerima redha, ikhlas.”
Namun begitu, Tya berkongsi khabar gembira bahawa dia dan suaminya, Asyraf bakal menimang cahaya mata ketiga menerusi hantaran di Instagram.
Sekadar info, Tya Arifin dan Asyraf Khalid mendirikan rumah tangga pada 1 November 2015. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Arif Jiwa dan Azzahra Jiwa.
Apa komen anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.