• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Kau Nak Sangat ‘Ex’ Aku Tu, Kahwin Jelah”- Kekasih Gelap Alif Aziz, Sarah Yasmine Perli Ruhainies

by Puteri Alia
October 17, 2024
Share on Facebook

Pempengaruh sensasi Sarah Yasmine kembali menarik perhatian ramai dengan komen sinikalnya terhadap pelakon Ruhainies.

Komen tersebut muncul selepas Ruhainies dan bekas kekasih gelap Sarah, penyanyi Aliff Aziz, hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk prosiding sebutan semula kes khalwat yang melibatkan mereka.

Sarah tidak melepaskan peluang untuk menyindir Ruhainies, yang hadir dengan pelitup muka di mahkamah.

Dalam komen di Instagram sebuah portal hiburan, Sarah menulis, “Pakai ‘mask’ sebab tak nak dikecam. Kena tangkap kes khalwat tak malu. Banyak senyum saja.”

Komen tersebut jelas menunjukkan ketidakpuasan hati Sarah terhadap Ruhainies, yang dilihatnya seolah-olah berpura-pura dalam situasi tersebut.

Tidak berhenti di situ, Sarah menambah, “Dia (Ruhainies) suka sangat sindir aku. Yelah, kita tahu kau nak sangat ‘ex’ (bekas kekasih) aku tu, kahwin sajalah. Semua tahu kau nak sangat kahwin. Buka saja ‘mask’ kau. Kita tahu kau gembira kena tangkap.”

Komen ini jelas menggambarkan ketegangan antara mereka, apatah lagi setelah Sarah sebelum ini mencetuskan kontroversi dengan berkongsi video mesranya bersama Aliff serta tangkap layar perbualan Ruhainies yang didakwa berkomplot untuk menjatuhkan Bella Astillah.

Situasi menjadi lebih menarik apabila Ruhainies dan Aliff hadir di mahkamah dikawal tiga pengawal peribadi. Aliff yang kelihatan dengan pakaian serba hitam, sementara Ruhainies mengenakan jubah, tudung labuh, dan pelitup muka, menambah suasana tegang dalam prosiding tersebut.

Mereka berdua sebelum ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan khalwat yang berlaku di sebuah kondominium di ibu negara pada 8 Mac lalu dan dibebaskan dengan jaminan mahkamah sebanyak RM1,500 setiap seorang.

Evita Mairesse Buka Butik Baharu: 'Dressmaker' Pilihan Selebriti Popular & Ratu Cantik
Alif AzizBella Astillahruhainiessarah yasmine
https://lomp.at/gfujj
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Norlia Ghani Sound Individu Yang Mengatakan ‘Mak Jah Telah Meninggal’-“Dia Sihat Lagi Oii”

by Noah Ab
November 20, 2025

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan pelakon veteran iaitu Mak Jah yang menjawab persoalan netizen dengan mengatakan bahawa dirinya...

Read more
Lokal

“Uqasha Masih Isteri Sah Saya” – Kamal Adli Beri Amaran Keras Kepada Individu Didakwa Cuba Mendekati Isterinya

Pelakon Kamal Adli tampil dengan nada tegas apabila mengingatkan mana-mana individu yang cuba mendekati isterinya, Uqasha Senrose, bahawa status mereka...

Read more
by Puteri Alia
November 19, 2025
Foto - @qadejah_terlajaklaris (IG) / @shahidadherbs2 (TikTok)
Lokal

[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”

Sama seperti anak perempuan lain, Qadejah El Zahra iaitu anak kepada pasangan Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Shahida...

Read more
by Nurul A.
November 25, 2025
Lokal

Pernah Terjumpa Di Bangsar? Ini Kisah Julia Rais Yang Ramai Rindukan

Kalau sebut nama Julia Rais, generasi 90-an mesti senyum panjang. Dialah antara pelakon paling cantik, elegan dan berkarisma yang pernah...

Read more
by Phic ARMAN
October 24, 2025
Lokal

[VIDEO] Isaac Raees Merajuk Dengan Adik Buatkan Netizen Terhibur-“Dua-Dua Comel”

Terdahulu, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @fansofisaacraees yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan,...

Read more
by Noah Ab
October 10, 2025
Foto - @adityaroykapur (IG)
Bollywood

Rumah Aktor Kacak India Dipecah Masuk, Peminat Fanatik Tegas Mahu Tinggal Bersama

Kes pecah masuk di kediaman berprofil tinggi di Mumbai tidak lagi asing. Kali ini kediaman aktor kacak India iaitu Aditya...

Read more
by Nurul A.
October 28, 2025
Lokal

“Kita Akan teruskan Perjuangan Sehingga Titisan Darah Terakhir!..”-Heliza Helmi

Pelakon, penyanyi, dan salah seorang aktivis Misi Kemanusiaan Global Sumud Flotilla iaitu Heliza Helmi menitipkan rasa syukur apabila dia bersama...

Read more
by Naddy Joe
October 8, 2025
Lokal

[VIDEO] Nubhan Belum Mula Nyanyi, Netizen Mahu Undi Keluar- “Tak Baiklah Korang”

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Nubhan yang sedang membuat rehearsal untuk sebuah pertandingan nyanyian, namun pada ruangan komen...

Read more
by Noah Ab
November 4, 2025
Foto - @noradanish (IG)
Lokal

Nora Danish Bimbang Cinta Dengan Mickey Ayo Undang Tersinggung -“Saya Pun Nervous, Kasihan Dia Terkejut Bila Viral”

Pelakon popular Nora Danish mengakui bimbang keterbukaannya berkongsi tentang hubungan dengan lelaki yang dikatakan kekasih baharunya, Mickey Ayo, mungkin menyinggung...

Read more
by Puteri Alia
October 31, 2025
Screenshot
Lokal

Rizalman Sentuh Soal Mahram Terhadap Aktivis GSF, Cetus Pelbagai Reaksi Netizen!

Pereka terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim mencetuskan pelbagai reaksi netizen selepas menyentuh soal mahram apabila aktivis Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan...

Read more
by Naddy Joe
October 3, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Siti Nurhaliza Bercuti Bersama Keluarga Di Jepun, Telatah Afwa Curi Perhatian Netizen

  2. 2

    [VIDEO] Cik B & Leona Rancang Lokasi Percutian, Curi Perhatian Netizen-“Gini Rupanya Perbualan T20..”

  3. 3

    Penampilan Anakanda Sultan Mizan Undang Perhatian Rakyat- “Pakai Baju Biasa Jer”

  4. 4

    [VIDEO] Reaksi Zara Zya Bila Dipanggil Anak Dara Tua & Jahat

  5. 5

    [VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Hael Husaini ‘Call’ Afwa Suruh Simpan Telefon Siti Nurhaliza

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore