Monday, June 23, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

Kamal Adli & Uqasha Senrose Rai ‘Anniversary’ Ke-3, Netizen Kagum!-“Elok Je Bahagia..”

by Naddy Joe
November 7, 2024
38
KONGSIAN
Share on Facebook

Pasangan selebriti, Kamal Adli dan Uqasha Senrose membuat perkongsian istimewa sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-3 sejak mendirikan rumah tangga pada November 2021.

Kehadiran Si Kecil Dalam Keluarga

Kamal Adli, menerusi hantaran di Instagram, menyifatkan ulang tahun perkahwinan mereka lebih istimewa lebih-lebih lagi dengan kehadiran si kecil, Uqaira dalam keluarga.

“Happy anniversary to us! Tahun special sikit sebab ada si kecik ni. Ya Allah rahmatilah hubungan kami. Selamatkan kami. Terima kasih Uqasha Senrose sebab 9 bulan mengandungkan hadiah terhebat dari Allah ni.

Awak ibu dan isteri yang hebat. Sama-sama kita jaga dan besarkan, dan pelihara hubungan ini InsyaAllah.”-kapsyen Kamal Adli di Instagram

View this post on Instagram

A post shared by K.A (@kamaladli)

“Terima Kasih Menjadi Suami Yang Baik…”

Dalam pada itu, Uqasha dalam hantaran yang berbeza menitipkan ucapan buat suaminya yang telah menjadi suami yang baik serta bapa yang terbaik untuk cahaya mata mereka.

“Selamat ulang tahun ke-3 sayang. Terima kasih untuk segalanya. Terima kasih menjadi suami yang baik, bapa yang baik untuk anak perempuan kita. Sayang, i love you and our little princess so much ❤️.”-kapsyen Uqasha di Instagram

View this post on Instagram

A post shared by UQASHA SENROSE (@uqashasenrose2)

Netizen Titip Doa!

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan doa agar pasangan ini berkekalan hingga ke Jannah.

“Elok je bahagia. Baru-baru ni ada terbaca yang hubungan diorang dah retak nak bercerai. Memang page-page ni suka buat fitnah kan nak viral. Boleh saman tu.”

“Herloknya shuben Uqasha ni. One in a million la, bertuah Uqasha dapat suami macam Kamal Adli, sweet, caring, kelakar. Memang korang pasangan yang serasi jaga hubungan ni elok-elok.”

“Happy anniversary Sha Kamal, Semoga sentiasa dirahmati dan diberkati.”

“Happy anniversary lovebirds semoga kekal bahagia hingga ke jannah dipermudahkan urusan selalu okayy !!❤️ ❤️.”

“Happy Anniversary both of you. Pertahankan cinta dan rumah tangga sebaik mungkin walaupun sekarang musim artis bercerai berai.”

“Alhamdulillah. Happy 3rd anniversary. May both of you continue to have a blessful and blissful marriage life till Jannah. Aamiin…?.”

Sama-sama kita doakan agar perkahwinan mereka berkekalan hingga ke Jannah. Apa komen anda?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

kamal adliuqasha senrose
https://lomp.at/dejwn
Share15Tweet10SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Terpaling Nak Kahwin”-Irma Hasmie Cetus Spekulasi Bersanding Semula Lepas Setahun Bergelar Ibu Tunggal

  2. 2

    Fattah Amin Duduk Di Sebelah katil Amira Othman Buatkan Netizen Tersenyum!

  3. 3

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

  4. 4

    “Seronok Sangat Tayang Bahagia”-Elfira Loy Akui Sering Bergaduh Dengan Suami

  5. 5

    [VIDEO] “Lagu Paling Sampah Dari Penyanyi Muda!” – Macam Galakkan Lagi Penonton, Netizen Kecam Teguran PU Syed

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem