Pelakon dan personaliti media, Syifa Melvin meluahkan rasa berang terhadap terhadap seorang individu yang sanggup mengutuk wajah anak lelakinya, Saif Sulaiman yang disamakan dengan haiwan.
“Muka macam babi lagi sama la dengan kau tu hahaha.”-tulis seorang individu di Instagram
Beri Tempoh 24 Jam
Syifa, menerusi hantaran di Instagram menyatakan bahawa dia memberikan tempoh selama 24 jam kepada wanita berkenaan untuk berhubung menggunakan akaun yang sebenar sebelum dia mengambil tindakan membuat laporan polis.
“Siapa mak bapak malang ada anak macam ni? Bab family bab anak kau salah besar la. Aku bagi masa 24 jam untuk binatang ni datang DM aku guna real acc kau sebelum esok aku pergi balai polis dengan report dekat MCMC.
Kau tak nak benda ni jadi besar, kau datang sini cari aku lahanat! Tolong cari jap siapa yang pandai IT! Manusia macam ni layak kena ludah! Tak kena tak tahu!.”-berang Syifa di Instagram
“Biadab Ek Bahasa Budak-Budak Sekarang…”
Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa berang terhadap tindakan individu yang berselindung di sebalik akaun palsu untuk mengeluarkan kata-kata biadab, malah ramai yang mencadangkan Syifa agar mengambil tindakan secepat mungkin.
“Biadab ek bahasa budak-budak sekarang. Tolong report now!.”
“Saya rasa orang ni memang tak puas hati atau musuh awak kot. Sebab dia sanggup buat fake acc. Bukan netizen yang datang tiba-tiba.”
“Tak payah tunggu esok Syifa. Pergi sekarang. Jangan bagi muka. Kurang ajar nak mampos.”
“Aik masalah jiwa ke ni tetiba babi kan anak orang.”
Apa komen anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.