King of Bollywood, Shah Rukh Khan (SRK) dikenali sebagai seorang yang sangat budiman. Daripada kisahnya sebelum terkenal sehingga berinteraksi dengan peminat, SRK sering menerima pujian atas sikapnya yang ramah dan sangat sopan.
Pernah sekali, Deepika Deshpande Amin iaitu rakan sekelas SRK dalam kumpulan teater Barry John, menceritakan semula momen nostalgianya bersama dengan pelakon itu.
Deepika teringat tentang latihan larut malam mereka dan bagaimana SRK menjaga rakan-rakan wanitanya dengan baik. Katanya sebagai salah seorang ahli yang mempunyai kereta, SRK bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan ahli wanita dalam kumpulan teater itu.
“SRK dan Rituraj ialah dua orang ahli teater yang memiliki kereta. SRK menaiki kereta Maruti, dan dia hantar setiap seorang ahli wanita yang tumpangnya ke hadapan rumah masing-masing. Semua orang membantu antara satu sama lain. Kami juga pernah beli pakaian bersama-sama.”
Bukan itu sahaja, Deepika turut memuji tenaga dan semangat SRK yang tak terhingga. Aktres itu menyatakan kualiti SRK sebagai seorang pelakon dari zaman teater masih lagi menyerlah sehingga kini.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.