Penyanyi tersohor negara iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza tidak perlu dikenalkan lagi, kerana satu Malaysia pasti mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu keluarannya mendapat sambutan yang hangat!
Sejak kebelakangan ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman instagram dan tiktok ketika berada di dalam kereta. Tambah pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.
“Seronok Tengok Anak-Anak Support Ibu Tengah Menyanyi”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @produktokti yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 162 ribu, tanda suka sebanyak 3,656 dan sebanyak 60 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Tokti yang sedang rehearsal menyanyi disebuah acara dan kelihatan anak-anaknya iaitu Afiyah dan Afwa yang menjerit memanggil ibunya itu.
@produktokti Comel betul anak2 ibu Aafiyah & Afwa jerit2 panggil ibu @Siti Nurhaliza waktu soundcheck #cuckootopia ♥️ #tokti #BiduanitaNegara #sitinurhalizastore #produktokti #simplysiti #beausiti
Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa mereka gemar melihat telatah anak-anak Tokti terutamanya anak lelakinya iaitu Afwa yang sangat comel dan mencuit hati.
Apa-apa pun, semoga Afwa dan Afiyah membesar menjadi anak soleh dan solehah yang taat pada ibu dan bapanya itu. Semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.