Selepas menerima pelbagai ulasan mengenai filem sulungnya ‘The Archies’, anak perempuan Shah Rukh Khan iaitu Suhana Khan kembali menjadi tumpuan sekali lagi kerana iklan barunya.
Iklan telefon pintar yang tular di media sosial itu menunjukkan Suhana menyampaikan satu dialog sebelum beralih kepada gerak tarinya yang lincah.
Bagaimanapun selepas iklan itu dikongsi, ramai yang mula memberikan komen yang kurang enak mengenai kemunculannya itu. Ada beberapa warganet mengatakan Suhana seperti tiada kehadiran skrin (no screen presence) dan tiada karisma seperti bapanya.
“Tak seperti bapanya. Walaupun dia (Suhana) berada di hadapan, perhatian saya lebih tertumpu pada watak sampingan. Tiada kehadiran skrin!”- Komen warganet pertama.
“Tiada karisma… Dia boleh pudar di latar belakang dan tiada siapa yang perasan. Sangat hambar.”- Komen warganet kedua.
“Anda boleh tahu seseorang itu bukan superstar apabila perhatian anda segera beralih kepada pelakon latar belakang.”- Komen warganet ketiga.
Sekadar info, Suhana bakal membintangi filem ‘King’ tidak lama lagi bersama bapanya, Shah Rukh Khan.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.