AR Rahman mengeluarkan komen yang mengejutkan tentang bekas isterinya, bagaimana dia terpaksa memberi senyuman palsu sepanjang perkahwinan mereka.
Mengimbau kembali hari perkahwinannya dengan Saira Banu menerusi buku A.R Rahman: The Spirit of Music, maestro itu berkongsi bahawa dia memberikan senyuman palsu sepanjang hari perkahwinannya.
“Saya dan Saira berkahwin di Chennai pada 12 Mac 1995, di bangunan yang sama di mana saya membuka AM Studio pada tahun 2006. Saya ingat lagi, ketika hari perkahwinan kami, saya mempunyai senyuman yang tetap sepanjang tiga jam. Selepas itu otot di muka saya sangat sakit.”
Mengimbau kembali tanggapan pertamanya terhadap Saira, AR Rahman berkata dia terpesona dengan kecantikannya. Saira sangat cantik dan lembut dan mereka bertemu buat pertama kalinya ketika ulang tahun ke-28 bekas isterinya.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.