Friday, June 27, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Budaya

Nama UPM Kekal, Sultan Selangor Tidak Berkenan Pertukaran Nama Kepada Pertanian

by Aphit J.
December 1, 2024
105
KONGSIAN
Share on Facebook

Sebelum ini Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu, ada menyuarakan cadangan untuk menukar semula nama Universiti Putra Malaysia (UPM) kepada nama asalnya iaitu Universiti Pertanian Malaysia.

Menukar Semula Kepada Nama Asal

via The Reporter

Mohamad Sabu berkata, beliau sendiri akan membawa cadangan itu ke Mesyuarat Kabinet tidak lama lagi selepas mengambil kira keutamaan negara kini tertumpu kepada isu keterjaminan makanan dan memajukan sektor pertanian negara.

Rentetan dari kejadian tersebut, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah agar pihak yang mencadangkan perubahan nama Universiti Putra Malaysia (UPM) memahami dan meneliti sejarah sebelum membuat sebarang keputusan.

Baginda mengingatkan bahawa nama UPM diambil sempena Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, sebagai penghormatan kepada pemimpin ulung negara itu.

Titah baginda dibuat semasa Istiadat Konvokesyen UPM ke-48 pada Sabtu semalam.

Ramai Yang Bersetuju Dengan Titah Tuanku

via Berita Harian

Melihat diruangan komen, ramai yang bersetuju dengan apa yang telah dititahkan oleh Sultan Selangor.

Daulat Tuanku. Patik sebagai Alumni UPM, bangga dengan nama tersebut. Tidak perlu nama universiti ditukar-tukar. Banyak hal lain lagi yang patut diberi keutamaan.

Ada yang bersuara.. Alhamdulillah

Setuju dgn Tuanku Sultan..

Menjunjung kasih Tuanku. Daulat tuanku. Kami alumni UPM pun tak setuju.

Malah ada juga yang memanjatkan rasa syukur kerana ada pihak yang bersuara mengenai pertukaran nama tersebut.

Sekadar rekod, nama UPM ditukar pada 1997 untuk mencerminkan statusnya sebagai universiti pelbagai disiplin.

Namun, ia tetap memainkan peranan penting dalam bidang pertanian melalui program seperti kecerdasan buatan (AI) dan pertanian pintar.

What’s your Reaction?
+1
2
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
1

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Datuk Seri Mohamad Sabusultan selangorSultan Sharafuddin Idris Shah
https://lomp.at/b5iza
Share42Tweet26SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  2. 2

    “Terpaling Nak Kahwin”-Irma Hasmie Cetus Spekulasi Bersanding Semula Lepas Setahun Bergelar Ibu Tunggal

  3. 3

    Nama UPM Kekal, Sultan Selangor Tidak Berkenan Pertukaran Nama Kepada Pertanian

  4. 4

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem