Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Viral

[VIDEO] Khairul Aming Dapat ‘Green Light’ Ambil Barang Di Mydin Untuk Bantu Mangsa Banjir

by Naddy Joe
December 2, 2024
Share on Facebook

Umum mengetahui banjir yang sedang melanda negeri Kelantan merupakan banjir yang terburuk dalam sejarah negeri tersebut.

Menurut laporan berita tempatan, seramai lebih 90,000 mangsa banjir sudah dipindahkan ke 288 pusat pemindahan sementara (PPS), setakat jam 5.00 petang semalam.

Bencana yang menimpa negeri Kelantan itu turut membuatkan pempengaruh media sosial dan usahawan, Khairul Aming dan pasukannya turun padang untuk membantu dan menyalurkan bantuan kepada ribuan mangsa banjir di Pasir Mas, Kelantan pada Sabtu lalu.

View this post on Instagram

A post shared by Khairul Amin Kamarulzaman (@khairulaming)

“Awak Boleh Ambil Barang Seberapa Banyak Awak Nak..”

Usaha murni Khairul Aming turut menarik perhatian pemilik syarikat pemborong dan peruncit terkenal, Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) iaitu Datuk Ameer Ali Mydin yang memberikan ‘lampu hijau’ kepada Khairul Aming mengambil barangan di premis miliknya untuk membantu mangsa banjir di Kelantan menerusi sesi live di TikTok.

Tambah Datuk Ameer, dia mempercayai Khairul Aming untuk memberikan bantuan kepada mangsa banjir dengan telus dan amanah.

“Awak boleh ambil barang seberapa banyak awak nak. Tak perlu hantar orang atau kad kredit. Awak cuma berikan pada saya berapa limit belanja dalam RM20,000 ke RM50,000 atau RM100,000.

Lepas banjir nanti barulah awak bayar. Tak apa, kita percaya Khairul Aming.”-kata Datuk Ameer Ali Mydin menerusi sesi live di TikTok

https://murai.my/wp-content/uploads/2024/12/COI0N6NVtiiWOwh0.mp4

Sekadar info, antara daerah yang paling terkesan adalah Pasir Mas dan Tumpat. Malah laluan ke Pengkalan Kubor juga terputus untuk semua kenderaan.

Sama-sama kita doakan agar banjir di daerah Kelantan kembali pulih..

Sedih 'Website' Rembayung ‘Crash’? Tapi Lagi Sedih Bila Ramai Buat-buat Tak Nampak Hal Penting Ini
Khairul Aming
https://lomp.at/26beu
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

No Content Available
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Benarkah Berbuka Puasa di Park Hyatt KL Hotel Di Merdeka 118 Kena Lewat 3 Minit?

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  4. 4

    Makan Di Food Court Cecah RM42, Netizen Luah Rasa Tak Berbaloi

  5. 5

    7 Jenis Kurma Pilihan MURAI, Lebih Berkhasiat & Badan Kekal Bertenaga Sepanjang Ramadan!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore