Saturday, June 21, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

[VIDEO] MissAlvy Buat Peminat ‘Terpikat’

by Naddy Joe
December 5, 2024
13
KONGSIAN
Share on Facebook

Memiliki rupa paras menarik, berbakat dalam bidang lakonan dan kini terjun pula ke bidang nyanyian, pempengaruh media sosial popular tanah air, Alvynna Joanna Joseph atau lebih mesra dengan panggilan MissAlvy di kalangan pengikutnya di akaun media sosial kini tampil dengan single sulung berjudul “Terpikat” hasil ciptaan barisan komposer muda seperti Nuha Nik, Fahimi Rahmat dan Brendonse7an, manakala terbitan oleh label hiburan terkemuka, Rocketfuel Entertainment.

“Umpama mimpi menjadi kenyataan, saya tidak menyangka akan menjadi penyanyi satu hari nanti!” luah MissAlvy yang melakonkan watak Siew May, salah satu watak utama dalam drama bersiri “Kelas Tahanan Cikgu Hiragi” terbitan Astro yang sedang meledak di serata Asia Tenggara.

“Menjadi ‘influencer’ dikenali terjadi dengan tidak sengaja. Saya hanya berkongsi gambar-gambar dan video-video untuk tujuan ‘suka-suka’ sahaja. Tapi lama-kelamaan, bilangan pengikut di akaun media sosial bertambah ramai, dan dari situ peluang berlakon pun muncul,” jelas MissAlvy.

Lagu “Terpikat” menceritakan tentang perasaan menyukai seseorang yang timbul secara tiba-tiba, tentang rasa keterujaan dan tertarik kepada seseorang, tetapi pada masa yang sama takut hendak mengambil langkah yang seterusnya.

“Kita perlukan individu tersebut dalam hidup kita kerana hanya dengan melihatnya dari kejauhan sudah cukup membuatkan kita gembira!” kata MissAlvy.

Menggabungkan elemen “fun” dan “playful”, lagu ini digarap dalam nuansa pop yang menjadi pilihan pendengar muda masa kini dengan suntikan muzik EDM (electronic dance music).

“‘Terpikat’ adalah interpretasi perasaan saya yang diterjemahkan ke dalam lagu. Dari segi konsep, ia merupakan buah hasil kerjasama saya dengan pasukan produksi, banyak idea yang saya curahkan de dalam lagu tersebut kerana kisahnya sangat dekat dengan diri saya sendiri,” kata MissAlvy.

Lagu “Terpikat” kini sudah boleh dimuat turun di iTunes dan boleh didengar pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman utama seperti KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.

YouTube video

Manakala MV (video) single ini pula boleh ditonton secara eksklusif hanya di saluran YouTube Rocketfuel Network.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

MissAlvy
https://lomp.at/1sa3b
Share5Tweet3SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Fattah Amin Duduk Di Sebelah katil Amira Othman Buatkan Netizen Tersenyum!

  2. 2

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

  3. 3

    “Seronok Sangat Tayang Bahagia”-Elfira Loy Akui Sering Bergaduh Dengan Suami

  4. 4

    [VIDEO] “Lagu Paling Sampah Dari Penyanyi Muda!” – Macam Galakkan Lagi Penonton, Netizen Kecam Teguran PU Syed

  5. 5

    “Terpaling Nak Kahwin”-Irma Hasmie Cetus Spekulasi Bersanding Semula Lepas Setahun Bergelar Ibu Tunggal

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem