Monday, June 23, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Kejayaan Demi Kejayaan, Susan Lankaster Genggam Trofi Pelakon Wanita Terbaik FFM33

by Aphit J.
December 8, 2024
30
KONGSIAN
Share on Facebook

Baru-baru ini semua sedia maklum bahawa Susan Lankaster telah meraih kemenangan Pelakon Wanita Terbaik di Asian Academy Creative Awards (AACA) 2024 yang berlangsung di Singapura.

Terus Mengukir Nama

Dengan kejayaan demi kejayaan, Susan Lankaster terus mengukir namanya dalam industri perfileman tanah air dan antarabangsa.

Terbaru, filem “Raintown” membawa kemenangan besar kepada Susan Lankaster apabila beliau menggenggam Trofi Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia Ke-33 (FFM33) yang baru sahaja berlangsung malam tadi.

Kemenangan ini mencatatkan satu lagi kejayaan dalam perjalanan kerjaya seni Susan yang telah mengukir namanya di persada seni tanah air.

Bukanlah Melalui Jalan Singkat

via The Star

Dalam ucapan penuh emosi, Susan menyatakan bahawa kemenangan ini bukanlah hasil perjalanan singkat, malah ia adalah penghargaan kepada segala usaha dan sokongan dari seluruh kru produksi filem Raintown yang membantunya mencapai kejayaan ini.

Terima kasih, perjalanan saya agak jauh.

Saya mula berlakon menerusi filem Mekanik arahan Othman Hafsham, di mana saya memulakan perjalanan sebagai pelakon.

Susan seterusnya mengimbas kembali filem Femina arahan Aziz M. Osman, yang mana beliau memenangi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di FFM sebelum ini.

Menghargai Semua Yang terlibat

Kini, dengan kemenangan dalam Raintown arahan Tunku Mona Riza, beliau berjaya meraih Pelakon Wanita Terbaik di FFM33.

Baginya, dia sangat menghargai semua yang terlibat dalam kerjaya seninya dan juga turut berterima kasih kepada semua pelakon dan kru Raintown, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), barisan juri, serta terima kasih kepada semua yang tercalon.

What’s your Reaction?
+1
1
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Susan Lankaster
https://lomp.at/7jssr
Share12Tweet8SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Terpaling Nak Kahwin”-Irma Hasmie Cetus Spekulasi Bersanding Semula Lepas Setahun Bergelar Ibu Tunggal

  2. 2

    Fattah Amin Duduk Di Sebelah katil Amira Othman Buatkan Netizen Tersenyum!

  3. 3

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

  4. 4

    “Seronok Sangat Tayang Bahagia”-Elfira Loy Akui Sering Bergaduh Dengan Suami

  5. 5

    [VIDEO] “Lagu Paling Sampah Dari Penyanyi Muda!” – Macam Galakkan Lagi Penonton, Netizen Kecam Teguran PU Syed

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem