Adakah kamu tahu, sebelum pasangan ini berkahwin, Gauri pernah menukar nama SRK menjadi ‘Abhinav”?
Tak dinafikan pasangan Bollywood ini juga pernah menghadapi cabaran sebelum berkahwin. Cabaran terbesar untuk Shah Rukh Khan (SRK) dan Gauri ialah perbezaan agama dan kasta.
Untuk pengetahuan kamu, SRK merupakan seorang penganut agama Islam, manakala Gauri pula beragama Hindu dan tergolong dalam keluarga Brahmin.
Mengimbau semula kenangan itu, Gauri mendedahkan satu fakta menarik itu ketika ditemu bual di rancangan ‘First Ladies’ oleh Abu Jani dan Sandeep Khosla.
Kongsi Gauri, ibu bapanya sangat tidak menyukai SRK dan hubungan mereka. Dia turut mendedahkan ketika itu mereka sangat muda dan mengambil keputusan untuk berkahwin.
Bukan itu sahaja, disebabkan oleh perbezaan agama, Gauri tidak mahu ibu bapanya menolak pilihan hatinya. Di mana akhirnya mereka menukar nama SRK menjadi “Abhinav” supaya ibu bapa Gauri merasakan pelakon itu sebenarnya beragama Hindu.
“Kami berdua kemudiannya tukar nama SRK menjadi “Abhinav” supaya ibu bapa saya merasakan dia seorang budak Hindu. Bila ingat semula, tindakan itu benar-benar bodoh dan kebudak-budakan”, kongsi Gauri.
Walaupun kini mereka sudah bahagia berkahwin selama 33 tahun, Gauri mendedahkan dia tidak pernah memaksa suaminya untuk menukar agama. Malah mereka berdua turut meraikan perayaan kedua-dua agama setiap tahun.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.